Tragedi Malang 11 September Paling Diingati [VIDEO]

Tragedi Malang 11 September Paling Diingati

Washington: Sudah hampir 20 tahun kejadian serangan ke atas bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, Amerika Syarikat (AS).

Masih tergambar di ingatan dalam peristiwa yang mengorbankan hampir 3,000 nyawa itu, apabila pengganas Al-Qaeda merampas pesawat, pada 11 September 2001.

Sebelum bangunan itu dirempuh sehingga runtuh, ia adalah serangan pertama seumpamanya di negara kuasa besar berkenaan.

Dua pesawat komersial memusnahkan WTC, sebuah lagi menghentam Pentagon, manakala sebuah lagi terhempas di satu lokasi di Shanksville, Pennsylvania.

Tragedi menggugat keselamatan AS itu menyaksikan negara itu melancarkan operasi ketenteraan di Afghanistan pada 2001, kempen yang baru berakhir, pada masa ini.

Berikut adalah kronologi pada hari kejadian seperti dicatatkan di laman web Peringatan 9/11 dan laporan Suruhanjaya 9/11.

8.46 pagi – Pesawat pertama iaitu Boeing 767 American Airlines yang membawa 92 penumpang termasuk lima pengganas merempuh Menara Utara WTC. Pesawat itu sebenarnya dalam penerbangan dari Boston ke Los Angeles.

9.03 pagi – Menara kedua WTC dirempuh pesawat kedua, juga Boeing 767 United Airlines. Ia sebenarnya dalam perjalanan dari Boston-Los Angeles. Pesawat membawa 65 penumpang di dalam kapal, termasuk lima perampas. Rempuhan pada Menara Selatan WTC itu mencetuskan letupan besar.

9.05 pagi – Presiden George W Bush dimaklumkan mengenai kejadian ketika beliau berada dalam satu majlis di Florida.

 

PESAWAT merempuh menara WTC.
PESAWAT merempuh menara WTC.

 

9.30 pagi – Presiden Bush ketika mengumumkan perkara itu menyifatkan ia serangan pengganas dan mengarahkan siasatan penuh.

9.37 pagi – Sebuah lagi pesawat American Airlines menghentam Pentagon. Pesawat itu dari lapangan terbang Dulles, Washington ke Los Angeles dengan 64 penumpang di dalam kapal termasuk lima perampas. Ia memusnahkan bahagian barat Pentagon.

9.42 pagi – Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS memerintahkan semua penerbangan komersial di AS mendarat secepat mungkin. Ia selepas arahan sebelumnya supaya semua pelepasan penerbangan dihentikan.

9.59 pagi – Menara Selatan WTC runtuh dan ia mengakibatkan kepulan asap dan debu tebal.

10.03 pagi – Sebuah pesawat Boeing 757 United Airlines yang dalam perjalanan dari Newark ke San Francisco dengan 44 penumpang di dalamnya termasuk empat perampas terhempas di ladang berhampiran Shanksville, Pennsylvania. Ia selepas penumpang dan anak kapal tahu mengenai serangan yang berlaku sebelumnya.

10.28 pagi – Menara Utara WTC runtuh dan menyebabkan suasana berdebu di Manhattan.

8.30 malam – Presiden Bush ketika memberikan ucapan di Rumah Putih mengecam serangan itu sebagai ‘tindakan keganasan yang keji’. Beliau mengumumkan ribuan terkorban dan Washington tidak berdiam diri dan sedia mengambil tindakan.

 

ASAP dan debu tebal ketika menara WTC runtuh.
ASAP dan debu tebal ketika menara WTC runtuh.

Tragedi Malang 11 September Paling Diingati


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Paralimpik Tokyo: Bonnie raih emas pertama negara

Lolanopita Ibu Remaja OKU Arwah Muhammad Firdaus Meninggal Dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker