Pingat Emas Olimpik Tokyo 2020 Terkopek?

Pingat Emas Olimpik Tokyo 2020 Terkopek?

Beijing: Jaguh gimnastik China, Zhu Xueying mempersoalkan kualiti pingat di Sukan Olimpik Tokyo selepas pingat emas miliknya mulai terkopek.

Atlet trampolin itu memuat naik di media sosial foto pingatnya yang terkopek selepas hanya empat minggu memilikinya di Tokyo.



Zhu meraih emas dalam acara trampolin individu wanita dengan catatan mata 56.635 menewaskan rakan senegara, Liu Lingling manakala gangsa milik jaguh Great Britain, Bryony Page.

Atlet berusia 23 tahun itu menunjukkan pingatnya yang terkopek di bahagian sebelah atas dan pada mulanya dia menganggap ia hanya kekotoran namun bahagian yang terkopek itu semakin membesar.



‘Bolehkah pingat anda menjadi seperti ini,” katanya di media sosial Weibo.

‘Biar saya jelaskan. Pada mulanya saya anggap ia hanya sedikit kekotoran, jadi saya cuba bersihkan dengan jari tetapi tak berkesan dan tanda itu makin membesar.”

Dia memuat naik foto pingatnya di media sosial bagi mengetahui sama ada atlet lain turut berdepan isu yang sama.

Status itu pantas menjadi ‘viral’ dengan mendapat 20,000 komen dan membuatkan peminat terkejut.



Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pantas mempertahankan kualiti pingat dan mendakwa bahagian yang terkopek itu hanyalah lapisan luar dan bukannya lapisan pelindung emas.-7news

Pingat Emas Olimpik Tokyo 2020 Terkopek?


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Paralimpik Tokyo: Bonnie raih emas pertama negara



Lolanopita Ibu Remaja OKU Arwah Muhammad Firdaus Meninggal Dunia

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker