Tak perlu tunggu 100 hari, sudah diberi masa cukup sebelum ini – DPMM

Tak perlu tunggu 100 hari, sudah diberi masa cukup sebelum ini – DPMM

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berpendapat tempoh 100 hari yang diberikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kepada ahli Jemaah Menteri untuk membuktikan keupayaan mereka sebagai tidak wajar memandangkan masa yang cukup sudah diberikan sebelum ini.

Presiden DPMM Abdul Halim Husin berkata kebanyakan ahli Jemaah Menteri berjaya mengekalkan portfolio masing-masing, justeru tidak perlu menunggu masa lebih lama untuk bertindak membawa negara keluar daripada kemelesetan ekonomi dan ancaman pandemik Covid-19.



“Setiap yang dilantik tidak perlukan 100 hari untuk membuktikan keupayaan mereka kerana masa yang secukupnya telah diberikan sebelum ini, dan rakyat sudah tidak mampu untuk menunggu walaupun sehari lagi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ yang digagaskan Ismail bertanggungjawab menyegerakan agenda Bumiputera menerusi pelaksanaan Tindakan Pembangunan Bumiputera (TPB2030) yang sering tertangguh.

“Ia perlu disegerakan dan diperluaskan skopnya agar dapat menjadi landasan utama kepada pelan pemulihan negara khususnya apabila sasaran imuniti kelompok tercapai tidak lama lagi.

“DPMM amat khuatir akan tahap sebenar sosio-ekonomi orang Melayu dan Bumiputera yang kebanyakannya sudah kritikal dan rentan.



“Ini kerana 80% pendapatan mereka berpunca daripada gaji, maka sudah tentulah golongan ini yang paling terjejas lantaran banyak perusahaan yang terpaksa ditutup akibat PKP serta kesan kemusnahan pandemik Covid-19 yang terpaksa dipikul bersendirian,” katanya.

Sementara itu, katanya, menjelang Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan tidak lama lagi, kerajaan wajar menambah input bantuan yang lebih substantif dan “berorientasikan rakyat”.

“Berikutan banyak aduan mengenai bantuan khas Prihatin (yang akan tamat pada September ini), yang pengagihannya terlalu sedikit dan lewat diterima, ia (bantuan) amat diperlukan agar rakyat dapat kembali kepada kehidupan yang normal secepat mungkin,” katanya. FMT

Tak perlu tunggu 100 hari, sudah diberi masa cukup sebelum ini – DPMM




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tangan gadis mangsa samun terpaksa dipotong



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker