Kajian dakwa Malaysia paling teruk didiami semasa Covid-19

Kajian dakwa Malaysia paling teruk didiami semasa Covid-19

KUALA LUMPUR – Satu kajian baharu menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang paling teruk di dunia untuk didiami sewaktu penularan varian Delta pada ketika ini, lapor laman berita Bloomberg, baru-baru ini.

Berdasarkan kajian bulanan yang dijalankan oleh Bloomberg, Malaysia berada di tangga tercorot dalam kalangan 53 negara membangun di bawah Thailand, Indonesia dan Filipina.



Kajian iitu dinilai berdasarkan kualiti rawatan kesihatan, liputan program vaksinasi kebangsaan, kematian keseluruhan dan juga kadar pembukaan semula sektor ekonomi.

Sejak Malaysia memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) awal tahun ini, hanya separuh daripada 33 juta populasi rakyatnya yang mendapat vaksinasi penuh.

Walaupun angka itu meliputi hampir separuh populasi penduduk dan terdapat beberapa rancangan kelonggaran kepada mereka yang lengkap pelalian, catatan kes baharu seperti tidak selari dengan sasaran utama PICK bagi menurunkan jumlah jangkitan.

Jumlah purata 100,000 kes baharu yang dilaporkan di Malaysia sejak sebulan lalu merupakan antara yang tertinggi di dunia.



Negara ini mendapat 67 mata iaitu tahap yang memuaskan untuk liputan penjagaan kesihatan yang masih dipercayai dan berkesan dalam memastikan keselematan rakyat.

Bagaimanapun, Malaysia menerima 81 mata bagi undian yang menyatakan kebimbangan rakyat bahawa perintah berkurung yang kembali diperketatkan sejak beberapa bulan lepas tidak membuahkan hasil positif. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kajian dakwa Malaysia paling teruk didiami semasa Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tangan gadis mangsa samun terpaksa dipotong



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker