PM pertimbang pencen kepada semua bekas tentera

PM pertimbang pencen kepada semua bekas tentera

BERA – Kerajaan bercadang untuk memberikan pencen kepada semua bekas anggota tentera termasuklah yang tidak cukup tempoh pencen bagi menjaga kebajikan veteran tentera di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini kajian terperinci sedang dilakukan dalam pelbagai aspek termasuklah mendapatkan maklumat bekas-bekas tentera yang telah menamatkan perkhidmatan awal.

“Sekarang sesiapa pencen awal sebelum 21 tahun mereka tidak ada pencen, ini menyebabkan mereka menjadi veteran dan tidak ada pendapatan.

“Walaupun ada Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) yang melatih tentera sebelum bersara tetapi tidak semuanya berjaya dalam perniagaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Menurut beliau, kajian sedang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bagi merealisasikan pemberian pencen kepada semua bekas anggota tentera.

Dalam pada itu, jelasnya, meskipun aset pertahanan negara mencukupi, kerajaan akan terus menambah baik aset pertahanan negara termasuk aspek persenjataan berdasarkan kepada teknologi terkini.

“Jadi apa yang dilihat hari ini (Eksesais Para Predator) jelas menunjukkan bahawa walau dalam keadaan aman sekali pun kita tida boleh leka sebab itulah eksesais yang besar seperti ini boleh dilakukan dari semasa ke semasa,” ujarnya. K Online

PM pertimbang pencen kepada semua bekas tentera


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tangan gadis mangsa samun terpaksa dipotong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker