Ahli Parlimen Armenia bertinju dalam Parlimen [VIDEO]

Ahli Parlimen Armenia bertinju dalam Parlimen (Video)

Yerevan: Sidang Parlimen Armenia kecoh semalam apabila berlaku pergaduhan antara ahli dewan.

Insiden berlaku negara itu masih berpecah berikutan kekalahan tahun lalu dalam perang dengan Azerbaijan untuk menguasai Nagorno-Karabakh.

Kekecohan di sesi Parlimen semalam terjadi apabila anggota pembangkang mula bertindak agresif dengan melemparkan botol air ke arah Speaker dari Parti Kontrak Sivil, iaitu parti Perdana Menteri Nikol Pashinyan.

Provokasi itu mencetuskan pergaduhan hingga memaksa Speaker menghentikan sesi mesyuarat bagi meleraikan keadaan.

Botol air dan cecair pembasmi kuman turut dibawa keluar dari dewan bagi mengelak kejadian lebih buruk terjadi.

Selepas sesi disambung, insiden pergaduhan lain pula tercetus ketika wakil pembangkang diganggu oleh pihak yang cuba mencelah.

Seorang anggota Parti Kontrak Sivil dilaporkan cuba menendang ahli Parlimen pembangkang hingga mencetuskan pergaduhan besar-besaran di dalam dewan.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Beberapa ahli Parlimen dikeluarkan oleh petugas keselamatan, manakala salah seorang daripadanya dikejarkan ke hospital kerana kecederaan pada mata.

Sehari sebelum itu, seorang wakil pembangkang dikeluarkan dari dewan selepas memanggil parti Kontrak Sivil sebagai penyokong kepada ‘menyerah kalah’.

Sementara itu, Pashinyan berdepan kritikan berikutan perjanjian damai dengan Azerbaijan yang menyaksikan Armenia menyerahkan wilayah dikendalikannya selama beberapa dekad.

Armenia terjebak dalam krisis politik sejak kekalahan perang enam minggu berhubung pertikaian Nagorno-Karabakh, pada musim luruh lalu, yang meragut kira-kira 6,500 nyawa. HM

Ahli Parlimen Armenia bertinju dalam Parlimen (Video)

Firdaus Wong, Zamri Vinoth difailkan pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker