Permohonan UMNO batal saman SRC, 2 lagi didengar 10 November

Permohonan UMNO batal saman SRC, 2 lagi didengar 10 November. Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 10 November untuk mendengar permohonan UMNO bagi membatalkan saman yang difailkan SRC International Sdn Bhd terhadap parti politik itu atas dakwaan menerima wang berjumlah RM16 juta yang diseleweng daripada syarikat itu.

Pada Mei lepas, SRC International, yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di bawah pengurusan baharunya telah memfailkan saman itu bersama dengan beberapa anak syarikatnya iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd.

Seorang peguam daripada Rosli Dahlan Saravana Partnership, yang mewakili ketiga-tiga plaintif, berkata mahkamah menetapkan tarikh itu ketika pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon.



“Permohonan itu akan didengar pada 9 pagi menerusi Zoom,” katanya ketika dihubungi.

SRC International, Gandingan Mentari, dan Jendela Pinggiran menyaman parti itu bagi menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada UMNO.

Plaintif mendakwa parti politik itu mengetahui bahawa wang tersebut adalah milik SRC International dan UMNO tidak mempunyai asas untuk menerima dana tersebut.

Pada 10 Mei lepas, Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa 1MDB dan anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd telah memfailkan 22 saman bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 billion termasuk RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.



Pada 10 Mei lepas, Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa 1MDB dan anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd telah memfailkan 22 saman bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 billion termasuk RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.

Kementerian itu menyebut writ saman terbabit difailkan pada 7 Mei lepas iaitu enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.

Saman itu difailkan 1MDB terhadap sembilan entiti termasuk dua institusi kewangan asing dan 25 individu manakala SRC memfailkan saman terhadap lapan entiti serta 15 individu atas pelbagai salah laku.

Permohonan UMNO batal saman SRC, 2 lagi didengar 10 November




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Kebijaksanaan Agong jayakan gencatan politik Ismail Sabri-PH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker