Wanita hamil perlu ambil vaksin elak risiko jangkitan kategori 3, 4 dan 5

Wanita hamil perlu ambil vaksin elak risiko jangkitan kategori 3, 4 dan 5. Wanita mengandung masih perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, meskipun sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19.

Meskipun kadar peratusan untuk mendapat jangkitan COVID-19 di tahap 3, 4 dan 5 berkurang setelah menerima dua dos vaksin, wanita hamil masih perlu berwaspada dan mengelakkan diri daripada dijangkiti.

Ini kerana, kehamilan itu sendiri adalah salah satu risiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk, meskipun individu terbabit tiada komorbid, kata aktivis Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (i-Medik), Dr Ahmad Muslim Ahmad Roslan.

“Bagaimanapun, jika sudah lengkap dua dos vaksin, risiko untuk mendapat jangkitan di tahap teruk itu boleh menjadi rendah.

“Cuma, ibu hamil masih perlu menjaga SOP sebaiknya, kerana masih ada kes yang lengkap vaksin tetapi masih dapat COVID-19 kategori 3 ke atas.

“Apatah lagi dengan pelbagai varian baharu dan berbahaya yang muncul sekarang,”

Beliau berkata, vaksin lengkap adalah antara usaha mengurangkan risiko jangkitan lebih teruk, dan atas sebab itu Kementerian Kesihatan (KKM) mempercepatkan ibu-ibu mengandung untuk segera divaksinasi.

“Sebelum ini daripada 14 minggu ke 33 minggu kandungan untuk mendapatkan vaksin, namun sekarang ibu yang kandungannya 12 minggu ke atas pun sudah dibenarkan untuk mengambil vaksin.

“Dengan vaksin lengkap, risiko dapat dikurangkan. Jika lihat trend sekarang, kebanyakan kategori 3 hingga 5 adalah tidak divaksin atau belum lengkap dua dos vaksin,” katanya.

Dr Ahmad Muslim berkata, sekiranya ibu hamil mempunyai keperluan untuk berada di luar atau bekerja, maka amalan SOP ketat perlu dipatuhi untuk mengelakkan jangkitan.

“Berbincanglah dengan majikan sekiranya pekerjaan itu mempunyai risiko jangkitan yang tinggi.

“Pada masa sama, pastikan SOP ketika berada di luar dan tempat kerja dipatuhi, selain mengurangkan kontak dengan ramai orang,” katanya.

Wanita hamil perlu ambil vaksin elak risiko jangkitan kategori 3, 4 dan 5

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ini kata Faizal Azumu sekiranya tidak dilantik jadi Menteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker