Suami isteri maut motosikal rempuh lori berhenti di lorong kecemasan

Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori dalam kemalangan jalan raya di Kilometer (KM) 49 Jalan Cyberjaya/Dengkil menghala ke Cyberjaya di sini kira-kira pukul 12.05 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan mendapati, sebelum kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Benelli sedang dalam perjalanan dari arah Dengkil menghala  ke arah Cyberjaya.

“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, motosikal itu merempuh bahagian belakang sebuah lori yang sedang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah kerosakan enjin.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, kedua-dua mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Polis sedang dalam usaha mengesan waris si mati,” katanya yang turut memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Suami isteri maut motosikal rempuh lori berhenti di lorong kecemasan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiada mesyuarat MKT UMNO malam ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker