Kerjasama rentas parti ialah politik matang – PAS

Kerjasama rentas parti ialah politik matang, kata PAS susulan pertemuan PM-PH

PAS menyifatkan kerjasama rentas parti yang diteruskan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sebagai pendekatan politik matang berpaksikan keutamaan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat tanpa mengambil kira sebarang perbezaan.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dalam kenyataan berkata, langkah itu selaras realiti politik masa kini dalam konteks pentadbiran negara di seluruh dunia, iaitu tidak wujud dominasi oleh sebuah parti politik selepas pilihan raya umum.

“PAS menyambut baik sambutan pimpinan parti pembangkang utama di negara ini terhadap usaha pemulihan negara oleh kerajaan persekutuan yang turut memberikan ruang luas kepada semua pihak untuk sama-sama menyumbang idea dan buah fikiran dalam usaha memerangi Covid-19 serta kesannya, termasuk aspek ekonomi dan sosial.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Dengan ini, diharapkan akan menjadi suatu permulaan baik bagi pembentukan landskap baharu politik negara yang mementingkan kesejahteraan, keharmonian dan keadilan kepada semua rakyat yang terdiri daripada masyarakat majmuk.”

Beliau berkata, PAS yakin kerajaan akan terus berinteraksi dan menjalin kerjasama lebih konstruktif melibatkan semua pemegang taruh, termasuk pihak pembangkang ke arah langkah reformasi merangkumi semua sektor, institusi dan segmen masyarakat.

Semalam, Ismail menemui pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Ketua Pembangkang merangkap Presiden PKR, Anwar Ibrahim,; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dalam pertemuan lebih sejam itu, Ismail dan tiga pemimpin tertinggi PH itu mencapai kata sepakat untuk memperkukuhkan fungsi Parlimen sebagai institusi bertanggungjawab menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif.

Mereka turut “bersetuju dan memahami pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan pemerintahan yang baik”.

Kerjasama rentas parti ialah politik matang – PAS

Firdaus Wong, Zamri Vinoth difailkan pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker