Rakyat nak pembaharuan, nama kerajaan tak penting – Najib

Rakyat nak pembaharuan, nama kerajaan tak penting – Najib

Nama kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, sama ada kekal atas nama Perikatan Nasional (PN) atau sebaliknya tidak penting, kata Najib Razak.

Sebaliknya kata bekas perdana menteri itu, lebih penting ialah kepimpinan baharu kerajaan berjaya menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi dengan lebih berkesan.

“Nama (kerajaan baharu) tidak penting, tetapi yang akan menentukan reaksi rakyat dan penilaian rakyat (ialah) keberhasilan (usaha) kerajaan.

“Kita mesti menunjukan pencapaian, inilah rakyat nak,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan misi sumbangan bantuan kepada mangsa banjir di Merbok dan Yan, Kedah, di kediamannya.

Katanya, berdasarkan luahan di media sosial, apa yang rakyat mahukan adalah pembaharuan.

“Kalau strategi lama, dasar lama tak berhasil, maka perlu diubah dan dicari pendekatan dan strategi baharu.

“Strategi lama tak menampakkan kesan kalau diteruskan, maka itu tak boleh diharapkan untuk melihat peningkatan, keberhasilannya,” tambahnya.

Najib berkata, bagi memastikan strategi dicapai mengikut kehendak rakyat, kerajaan pimpinan Ismail perlu diberi masa untuk menggubal dasar baharu.

“Nampaknya perdana menteri memahami apa usaha yang patut dilakukan kerajaan. Kita kena bagi masa sikit untuk pentadbiran baharu ini menggubal strategi bagi mencapai objektif yang telah digariskan, iaitu menangani Covid-19, ekonomi dan memupuk semangat kekitaan sesama kita,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata, pentadbiran kerajaan yang dipimpin Ismail dianggap masih lagi atas nama PN.

Ini berikutan majoriti Ahli Parlimen yang menyokong Ismail adalah daripada gabungan PN, manakala Barisan Nasional (BN) hanya 41.

Sebelum itu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, kerajaan baharu itu adalah kerajaan campuran yang terdiri daripada BN, PN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Ismail mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Sabtu lalu menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan selepas kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen. FMT

Rakyat nak pembaharuan, nama kerajaan tak penting – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker