Kabinet: Bersatu telah serah senarai nama

Bersatu telah menyenaraikan nama ahli-ahli yang sesuai untuk mengisi jawatan di dalam Kabinet Persekutuan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk pertimbangan lanjut.

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, senarai nama tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, baru-baru ini.

“Dalam mesyuarat tersebut, kami telah putuskan untuk serahkan sepenuhnya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku presiden kami, untuk cadang nama-nama daripada Bersatu dan disampaikan kepada Perdana Menteri.



“Saya percaya Perdana Menteri akan putuskan dan membawa senarai tersebut untuk disembah maklum kepada Agong. Sekiranya proses ini berjalan baik tentunya Perdana Menteri akan membuat pengumuman selepas itu,” katanya.

Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderiang itu berkata demikian dalam sidang media secara maya, selepas perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

Persidangan empat hari tersebut dirasmikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang bertitah, agar semua Ahli Dewan di negeri ini mempamerkan semangat politik matang beraras tinggi, dan saling bekerjasama demi kepentingan negeri dan rakyat, sebagai timbal balik pemberian peruntukan saksama dalam Belanjawan 2021.

Ketika ditanya sama ada beliau akan bersedih sekiranya tidak dilantik sebagai timbalan perdana menteri, Ahmad Faizal berkata ketika ini tanggungjawab dan tugas hakikinya sebagai wakil rakyat, kini menjadi fokusnya.



“Semua sedia maklum walaupun saya pernah jadi Menteri Besar Perak dan sekarang tidak lagi pegang jawatan itu, saya percaya semua orang boleh nampak yang saya tidak bersedih.

“Malahan saya tambah semangat untuk memberi khidmat kepada rakyat dalam apa juga kapasiti, sekarang saya kembali dalam kapasti sebagai Ahli Parlimen Tambun dan Adun Chenderiang,” katanya.

Pada Isnin, Ismail Sabri memaklumkan senarai nama menteri Kabinet beliau akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kabinet: Bersatu telah serah senarai nama




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Debaran kabinet ‘Ismail Sabri’ makin memuncak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker