Ini kata Faizal Azumu sekiranya tidak dilantik jadi Menteri
“Saya Tak Akan Sedih Kalau Tidak Dilantik” – Ahmad Faizal
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, beliau sama sekali tidak bersedih jika tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, ini adalah kerana fokusnya kini tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab hakiki sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang.
“Will i be sad? (Adakah saya akan bersedih?).
Semua sedia maklum walaupun saya pernah jadi Menteri Besar Perak dan sekarang tidak lagi pegang jawatan itu, saya percaya semua orang boleh nampak yang saya tidak bersedih.
“Malahan saya tambah semangat untuk memberi khidmat kepada rakyat dalam apa juga kapasiti, sekarang saya kembali dalam kapasti sebagai Ahli Parlimen Tambun dan ADUN Chenderiang.
“Dua tanggungjawab ini pun sudah cukup besar dan banyak dan kadang-kadang tak cukup masa untuk saya berikan perkhidmatan yang sebaik mungkin, jadi saya fikir untuk menjawab soalan itu, saya tak rasa saya akan sedih,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita dalam sidang media secara maya selepas perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Rabu.
Selepas Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu lalu, tumpuan negara kini terarah pada susunan Jemaah Menteri.
Pelbagai spekulasi mula dicanang dalam kalangan ahli politik berhubung senarai nama menteri Kabinet termasuk kedudukan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Pada Isnin, Ismail Sabri memaklumkan, senarai nama menteri Kabinet beliau akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, beliau akan tetap menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam menerajui pentadbiran negara.
“Saya sangat gembira apabila Perdana Menteri dapat menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil, kerajaan yang boleh mengeluarkan negara kita daripada kesengsaraan ekonomi dan kesusahan dalam perihal sosial yang tidak dapat bergerak bebas.
“Saya akan tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Ismail Yaakob sebagai Perdana Menteri yang akan menubuhkan barisan Kabinetnya… saya akan sentiasa memberi kerjasama penuh kepada sesiapa juga yang bakal dilantik,” katanya lagi.-Awani
“Saya Tak Akan Sedih Kalau Tidak Dilantik” – Ahmad Faizal
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Sarjan dipecat: Jangan masuk campur urusan tentera
- Gempar! Armada UFO melintasi langit Tennessee, Amerika Syarikat
- Amerikat Syarikat biayai Taliban
- Jangan Ganjiong, Tan Boon Heong kata kepada Najib
- Resepi Murtabak Maggi Terlajak Viral
- Azmin bakal jadi TPM, kata sumber
- Bekas CEO 1MDB mengaku pindah wang tanpa kebenaran
- It’s cheaper to buy a car in Singapore than Malaysia
- TMJ mahu tinggalkan JDT?
- Former Miss Universe Malaysia refuses to wear ‘face diaper’
- Kerajaan BN atau PN? Jenamakan semula kerajaan baharu!
Layari Laman Facebook MYKMU
Bintang TikTok maut jatuh bangunan semasa rakam video [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.