Tular wanita lempar wang 2,000 rupiah dari balkoni rumah

Tular wanita lempar wang 2,000 rupiah dari balkoni rumah . Video yang memaparkan aksi seorang wanita yang melemparkan beberapa keping wang kertas 2,000 rupiah (RM0.60) dari  balkoni kediamannya dan dikutip oleh orang ramai menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com.

Menurut video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @mildhakittyowner, kelihatan seorang wanita berbaju merah membaling  wang dengan nilai 2,000 rupiah itu kepada orang ramai.

Wang-wang tersebut dikutip oleh orang ramai yang berdiri di bawah balkoni tersbeut sehingga ada antara mereka yang terjatuh ke dalam kolam yang ada disitu.



“Masya-Allah, membahagiakan orang ramai, bagus sekali, demikian keterangan ditulis pemilik akaun itu.

Wanita yang melemparkan  wang itu kelihatan gembira dan terus-terusan melemparkan sejumlah wang lagi untuk dikutip orang ramai.

Video tersebut mendapat komen yang pelbagai daripada netizen dengan ada yang memuji tindakan wanita tersebut dan tidak kurang juga yang mengkritik tindakannya.

“Bagusnya, semoga murah rezeki, kak,” tulis seorang netizen.



“Ada cara lain yang lebih sopan untuk berkongsi rezeki,” kata seorang netizen lain.

Video tersebut sudah ditonton lebih 420,000 kali dengan 20,000 tanda suka. -Agensi

Tular wanita lempar wang 2,000 rupiah dari balkoni rumah


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan sampai munafik bila terlalu ghairah politik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker