Jagalah Silaturrahim Dan Elak Bermusuh Dengan Adik Beradik, Diluaskan Rezekinya..

Sebaran :

Jagalah Silaturrahim Dan Elak Bermusuh Dengan Adik Beradik, Diluaskan Rezekinya..

SILATURRAHIM diambil daripada perkataan Arab iaitu hubungan yang terdekat. Ia membawa maksud memelihara dan menyambung hubungan dengan kaum kerabat yang terdekat.

Menghubungkan tali persaudaraan sesama kaum kerabat merupakan satu tuntutan dalam syarak dan mempunyai banyak kelebihan bagi mereka yang berusaha menyambung dan menjaganya.

Ramai dalam kalangan kita pada hari ini memutuskan tali persaudaraan sesama adik beradik dan kaum kerabat disebabkan harta. Ada yang memutuskan hubungan apabila berebut harta pusaka peninggalan arwah ibu bapa apabila tidak berpuas hati dengan apa yang dia dapat.



Terdapat di dalam sebuah hadis Baginda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berkata; Rasulullah bersabda: Kelak bumi akan mengeluarkan semua isi perutnya yang terlalu banyak dari emas dan perak, lalu akan datang seorang pembunuh seraya berkata: Kerana benda inilah aku membunuh. Lalu datang pula orang yang memutuskan tali silaturahim seraya berkata: Kerana benda inilah aku memutuskan tali silaturahim. Lalu datang pula seorang pencuri seraya berkata: Kerana benda inilah tanganku dipotong. Kemudian mereka semua meninggalkannya begitu saja dan tidak mengambilnya sedikit pun. – [HR Muslim 1683].

Ketahuilah harta tidak dapat membeli kebahagiaan walaupun kita memiliki harta sebanyak Gunung Jerai tetapi dengan adanya harta kita dapat gunakannya untuk menyambung tali persaudaraan dan kasih sayang apabila digunakan dengan cara yang betul.

Seseorang yang menyambungkan hubungan persaudaraan maka dosa mereka akan diampunkan Allah.

Ketahuilah bahawa terdapat banyak faedah apabila seseorang itu menyambungkan tali silaturahim. Antaranya ialah:



1. Menyebabkan keampunan Allah

Seseorang yang menyambungkan hubungan persaudaraan maka dosa mereka akan diampunkan Allah. Ini kerana berbakti kepada kaum kerabat merupakan satu amalan yang mulia.

Sabda Baginda Rasulullah: Seorang lelaki mendatangi Nabi dan berkata: Wahai Rasulullah, sungguh, aku telah berbuat dosa besar, apakah aku masih mempunyai kesempatan untuk bertaubat? Baginda bertanya balik: Apakah kamu masih mempunyai ibu? Lelaki itu menjawab: Tidak ada. Kemudian baginda bertanya lagi: Apakah kamu mempunyai pakcik?. Lelaki itu menjawab: Ya. Baginda bersabda: Kalau begitu, berbaktilah kepadanya. – [HR Tirmizi 1827].

2. Diluaskan rezekinya

Ramai yang mencari rezeki tetapi mereka lupa bahawa kita boleh menjemput rezeki. Antara cara menjemput rezeki dan dimurahkan rezeki ialah dengan menyambung silaturahim.

Rasulullah bersabda: Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya atau meninggalkan nama sebagai orang yang baik setelah kematiannya, hendaklah dia menyambung silaturahim. – [HR Bukhari 1925].



agar-kemaafan-kita-lebih-bermakna-qnr

Harta tidak dapat membeli kebahagiaan.

3. Panjang umur dan mati dalam keadaan baik

Kematian pasti akan datang dan kematian yang diimpikan tentulah kematian dalam keadaan yang diredai Allah. Antara sebab seseorang yang akan mendapat kematian dalam keadaan baik ialah dengan menyambung tali persaudaraan.

Nabi bersabda: Barang siapa ingin dipanjangkan umurnya, dilapangkan rezekinya dan dihindarkan daripada kematian yang buruk maka hendaknya dia bertakwa kepada Allah dan menyambung silaturahim (tali persaudaraan). – [HR Ahmad 1150].

4. Menyebabkan masuk syurga dan dijauhkan daripada api neraka

Antara kelebihan orang yang menyambung silaturahim ialah menyebabkan dirinya masuk dalam syurga Allah. Kelebihan ini terdapat dalam sebuah hadis bagaimana seorang lelaki Badawi bertanyakan kepada Baginda Rasulullah mengenai amalan yang dapat mendekatkan diri ke syurga dan menjauhkan dari neraka Allah.

Seorang Badawi menghadap Nabi saat Baginda berada dalam perjalanan, orang Badawi itu mengambil tali kekangan unta Baginda lalu berkata: Wahai Rasulullah! Beritahu padaku perkara yang mendekatkan ku ke syurga dan menjauhkanku dari neraka? Rasulullah bersabda: Engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menyambung silaturahim. – [HR Ahmad 22437].

Bagaimana menjalinkan hubungan silaturahim

Kata para alim ulama ada beberapa cara untuk menjalinkan hubungan silaturahim iaitu:

Jika-Kita-Tidak-Mau-Memaafkan-Orang-yang-Telah-Menyakiti-Kita-Maka-Allah-Tidak-Akan-Pernah-Memaafkan-Kita

Seseorang itu akan terlepas dari dosa jika sekiranya dia sudah berusaha untuk menyambungkan tali persaudaraan.

1. Menyambungkan hubungan yang telah lama putus

Sabda Rasulullah: Orang yang menyambung silaturahim bukanlah orang yang membalas (kebaikan orang lain) akan tetapi orang yang menyambung silaturahim adalah orang yang menyambungnya kembali ketika tali silaturahim itu terputus. – [HR Bukhari 5532].

Kata ulama: Bukanlah dikatakan penyambung tali silaturahim itu sekadar membalas kalau dikunjungi ia mengunjungi akan tetapi dikatakan penyambung silaturahim itu yang apabila diputus hubungan silaturahim ia tetap menyambungkannya.

2. Memberi sedekah ke atas kaum kerabat

Sabda Baginda Rasulullah: Sedekahmu kepada orang miskin sekadar mendapat pahala, namun jika kamu sedekahkan kepada orang yang mempunyai tali persaudaraan, mendatangkan dua ganjaran pahala, iaitu pahala sedekah dan pahala mengeratkan hubungan persaudaraan. – [HR Ahmad 15646].

3. Berbuat ihsan kepada mereka

Kata Imam Nawawi: Hubungan silaturahim ialah dengan membuat ihsan kepada kaum kerabat sama ada dengan harta, dengan khidmat, dengan ziarah menziarahi, dengan memberi salam dan apa sahaja kebaikan. – (Syarah Muslim 2/201).

Seseorang itu akan terlepas dari dosa jika sekiranya dia sudah berusaha untuk menyambungkan tali persaudaraan tetapi tidak disambut oleh mereka yang berusaha untuk memutuskannya. Apa yang penting kita usaha sebaik mungkin agar kita tidak dipersoalkan oleh Allah pada hari kiamat.

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook 

Jagalah Silaturrahim Dan Elak Bermusuh Dengan Adik Beradik, Diluaskan Rezekinya..


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM kata peralihan kerajaan lagi akan merugikan negara

PM paling lama, paling sekejap, paling tua dan paling muda memerintah


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.