Pengsan dalam bas bukan sebab COVID-19

KUALA LUMPUR: Seorang penumpang wanita yang pengsan dalam bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, di sini, kelmarin bukan disebabkan dijangkiti COVID-19.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada anggota polis bantuan yang bertugas di TBS jam 12.50 tengah malam.

“Kami dimaklumkan seorang penumpang wanita berusia 36 tahun pengsan di dalam bas ekspres berkenaan yang tiba di terminal terbabit dari Larkin, Johor Bahru, Johor.

“Pihak ambulans yang dihubungi tiba di lokasi kejadian jam 1.30 pagi sebelum wanita berkenaan dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamed Mokhsein berkata, semakan dilakukan dengan waris wanita terbabit mendapati dia dimasukkan ke Wad Neurologi Hospital Kuala Lumpur.

“Wanita itu didapati pengsan akibat mengalami penyakit ketumbuhan di otak. Maklumat daripada waris juga mendapati kejadian itu (pengsan) tiada kena mengena dengan jangkitan COVID-19,” katanya.

Pengsan dalam bas bukan sebab COVID-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Saya nak hadiah gajet untuk perakam test drive – Sanusi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker