Konsep ‘Keluarga Malaysia’ tepat
Konsep ‘Keluarga Malaysia’ tepat. Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan ucapan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memperkenalkan konsep menepati matlamat parti yang meletakkan perpaduan sebagai asas negara Malaysia.
Setiausaha Agungnya, Datuk Zambry Abd. Kadir berkata, negara kita dengan latar pelbagai bangsa, suku kaum dan agama serta wilayah, konsep ‘Keluarga Malaysia’ adalah cerminan sebenar negara.
“Kita berharap konsep tersebut akan mengukuhkan perpaduan serta tekad seluruh rakyat untuk sama-sama menggembleng tenaga dan fikiran bagi memacu pertumbuhan Malaysia dan memperkasa kesejahteraan rakyat.
“Ucapan sulung Perdana Menteri itu amat tepat dan diharapkan menjadi penyatu seluruh warga dalam menghadapi kemelut negara ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Zambry, komitmen Perdana Menteri menjadi neraca yang baik untuk beliau memulakan langkahnya dalam menerajui pentadbiran negara di tengah-tengah cabaran pandemik Covid-19, kesuraman ekonomi dan kesukaran kehidupan sosial.
“BN akan terus memberikan komitmen mempertahankan kestabilan politik negara dan bersama-sama Perdana Menteri mengharungi cabaran semasa negara ketika ini,” jelasnya
Konsep ‘Keluarga Malaysia’ tepat
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Rafizi bidas Anwar, mengejar nombor hingga tinggal prinsip
- Cikgu tolak vaksin, tak bodoh macam kebanyakan – Suhaimi
- Bunyi tembakan dalam PKR?
- Suami di luar negara, isteri ditangkap basah di kampung
- Muhyiddin gagal tapi mahu jadi Menteri Mentor?
- Sesuap bubur nasi buat ahli Bersatu
- Gara-gara Murai Cerek, lelaki parah ditetak
- Remy Ishak mohon maaf
- Gagal jadi PM, Aliff tawarkan diri jadi TPM
- Resepi Rendang Daging Batang Pinang Pedas
- Muhyiddin terima kesan akibat perbuatan sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU
Tawaran kerjasama dengan pembangkang untuk kestabilan politik
You must be logged in to post a comment.