Harapan berakhir duka suami ditemui tidak bernyawa

Harapan seorang isteri supaya suaminya yang hilang dalam kejadian kepala air di Titi Hayun pada Rabu lalu ditemui selamat berakhir duka apabila mayat lelaki itu ditemui tersangkut di bawah timbunan kayu di sebuah chalet di sini hari ini.

Mangsa, Ridwan Poniman, 61, yang merupakan mayat keenam dan terakhir dalam tragedi tersebut ditemui kira-kira 400 meter dari lokasi Pusat Kawalan Bencana (PKB) Titi Hayun pada pukul 12.30 tengah hari.

Menurut Nahrafiza Murhaban, 46, dia hanya menanti khabar berita daripada jiran memandangkan terpaksa menjaga anak-anaknya yang masih kecil berusia antara enam, 10 dan 14 tahun.

“Saya akhirnya menerima berita kematian suami selepas menunggu kepulangannya sejak hari kejadian pada Rabu lalu. Hanya anak perempuan sulung berusia 14 tahun yang pergi ke lokasi penemuan suami tengah hari tadi,” katanya ketika ditemui di Hospital Daerah Yan di sini hari ini.

Katanya, kehilangan arwah suami sangat dirasai kerana dia seorang yang bertanggungjawab dan sangat menyayangi anak-anaknya.

Menceritakan semula kejadian, ujar Nahrafiza, suami sempat menghubunginya pada pukul 3.45 petang pada hari kejadian, namun tidak sempat bercakap kerana talian terputus.

“Kebiasaan dia akan pulang kerja kira-kira pukul 6 petang tetapi dia tidak pulang dan saya terus pergi ke rumah majikannya tetapi tiada orang,” ujarnya menambah jenazah suami akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Guar Chempedak setelah selesai proses bedah siasat

Harapan berakhir duka suami ditemui tidak bernyawa


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MKT berpesan jangan berebut jawatan

Tawaran kerjasama dengan pembangkang untuk kestabilan politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker