Gagal jadi PM, Aliff tawarkan diri jadi TPM

Gagal jadi PM, Aliff tawarkan diri jadi TPM

Aliff Syukri cuba nasib jadi TPM pula

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi mencuit hati ramai apabila bertanyakan sama ada beliau masih berpeluang memohon jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Terdahulu dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, beliau mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri kesembilan.

“Tahniah Datuk Seri Ismail Sabri sebagai PM (Perdana Menteri) Malaysia. Saya reda. Maaf rakyat Malaysia permohonan saya ditolak hari itu.

“Tetapi jawatan TPM (Timbalan Perdana Menteri) masih ada peluang ke untuk saya memohon?” tulisnya semalam.

Tambah melucukan, pelawak dan pelakon, Zizan Razak tidak ketinggalan meninggalkan komen dengan berpesan agar Aliff Syukri tidak mengambil alih kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Datuk jangan ‘sailang’ posisi saya sebagai TPM. Nanti saya tengok dulu mana ada yang kosong untuk datuk okey.

“Tetapi selepas saya bincang-bincang datuk macam sesuai jadi ketua kampung dulu buat sementara. Tengok datuk boleh kawal atau tidak. Setuju rakyat semua?” komen Zizan secara bergurau.

Rabu lalu, Aliff membuatkan netizen pecah perut apabila beliau menggelarkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri kesembilan dalam satu siaran langsung di Instagram.

Lebih menghangatkan suasana, beliau turut melantik Zizan sebagai pembantunya, sekali gus menjadi calon Timbalan Perdana Menteri yang baharu. K Online

Gagal jadi PM, Aliff tawarkan diri jadi TPM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nabil akui ujian ini amat besar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker