Ismail cadang konsep ‘keluarga Malaysia’

Ismail cadang konsep ‘keluarga Malaysia,’ ajak ahli Dewan Rakyat

Ismail Sabri Yaakob ketika menyampaikan ucapan awam pertamanya sebagai perdana menteri hari ini menyeru semua ahli Dewan Rakyat untuk bersatu dan menggembleng tenaga sebagai “keluarga Malaysia” untuk memulihkan semula negara.

Ismail mengajak pemimpin politik tanpa mengira latar belakang ideologi supaya mencari persamaan dan tidak lagi menggali perbezaan.

“Saya menyeru kepada seluruh ahli Dewan Rakyat, sama ada dalam atau luar kerajaan supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara.

“Marilah kita, dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan. Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita, iaitu keluarga Malaysia.

“Saya menggunakan pendekatan ‘keluarga Malaysia’ kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif. Ia merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung petang ini.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Katanya, konsep ‘keluarga Malaysia’ diambil kerana keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.

Dalam ucapan itu juga, Ismail menawarkan kepada pembangkang untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Katanya, ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua pihak melupakan perbezaan demi demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata dia sedar akan kepayahan, kesengsaraan dan keperitan hidup yang mencengkam akibat wabak Covid-19.

“Ada yang hilang mata pencarian, ada pula yang putus bekalan makanan, dan bukan sedikit yang telah dibuang kerja.

“Saya memahami keringat dan nilai sesuap nasi, kerana saya lahir dan membesar dalam keluarga anak petani yang susah.

“Oleh sebab itu, saya sangat menghayati kepayahan dan keperitan hidup rakyat pada masa negara sedang menghadapi krisis ekonomi yang berpunca daripada wabak ini,” katanya. FMT

Ismail cadang konsep ‘keluarga Malaysia’

Nabil akui ujian ini amat besar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker