Lelaki berang, balas dendam gigit ular sampai mati

Lelaki berang, balas dendam gigit ular sampai mati

Lazimnya manusia berdendam dengan manusia, tetapi sebaliknya di sebuah perkampungan di pedalaman Odisha, Jaipur, seorang lelaki berdendam dengan seekor ular.

Kishore Badra, 45, seorang lelaki dari kampung Gambharipatia di bawah blok Danagadi, dikatakan sedang berjalan pulang selepas bekerja di sawahnya apabila tiba-tiba merasa kakinya digigit ular.

Badra yang berang berjaya menangkap reptilia jenis ular kapak itu dan menggigitnya sehingga mati untuk membalas dendam.

“Ada sesuatu yang menggigit kaki saya ketika dalam perjalanan pulang malam tadi. Saya buka lampu suluh dan saya dapati ia adalah sejenis ular kapak yang berbisa.

“Kerana mahu membalas dendam, saya tangkap ular itu dan menggigitnya berulang kali, ia mati di situ juga,” kata Badra.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Petani itu terus pulang ke rumah bersama bangkai ular tersebut dan menceritakan kepada isterinya apa yang berlaku.

Kisah itu mula tersebar dan menjadi perbualan hangat penduduk kampung. Malah, Badra juga tidak keberatan menunjukkan bangkai ular yang digigitnya.

Sebahagian penduduk kampung turut menasihati Badra untuk pergi ke hospital berhampiran, namun dia enggan sebaliknya memilih untuk mendapatkan nasihat dari pengamal rawatan tradisional pada malam yang sama.

Badra bernasib baik kerana bisa patukan ular serta perbuatannya menggigit reptilia berkenaan tidak memberi kesan kepadanya.

“Walaupun saya menggigit ular berbisa itu, saya tidak berdepan sebarang masalah. Saya juga bertemu dengan pengamal rawatan tradisional berdekatan kampung dan berjaya dipulihkan,” kata Badra mengulas pengalaman luar biasanya itu. FMT

Lelaki berang, balas dendam gigit ular sampai mati

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker