MN Selangor harap PM utamakan PPN, bina ekonomi negara

MN Selangor harap PM utamakan PPN, bina ekonomi negara. Muafakat Nasional (MN) Selangor berharap Perdana Menteri yang dilantik pada Jumaat, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi tumpuan kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi menghadapi pandemik Covid-19 dan membina semula ekonomi negara.

Kenyataan bersama oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi pada Jumaat memaklumkan MN Selangor percaya kemampuan serta kebolehan Ismail Sabri.

Ia terbukti apabila berjaya dalam kerjasama membabitkan tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) di negeri berkenaan termasuk meraih kemenangan besar dalam PRK di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.“MN Selangor yakin beliau dapat mempertingkatkan usaha ke arah menyatupadukan umat Melayu Islam dan penduduk berbilang bangsa khasnya di Selangor khusus bagi membawa kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 di negeri ini,” katanya kenyataan itu.



Kenyataan itu turut menyebut, MN Selangor akan memberikan kerjasama penuh bagi membantu Perdana Menteri melaksanakan tugasnya.

“Syukur ke hadrat ALLAH SWT dan menjunjung kasih pada Yang Di-pertuan Agong di atas perkenan Seri Paduka Baginda melantik Ismail Sabri selaku Perdana Menteri Malaysia kesembilan,” kata kenyataan tersebut.

Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan pelantikan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatannya Isnin lalu.

MN Selangor harap PM utamakan PPN, bina ekonomi negara




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Buka sektor sebab ekonomi bukan Covid-19 dah pulih

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker