Lantikan Ismail buka ruang Muafakat Nasional diperkasakan semula

Lantikan Ismail buka ruang Muafakat Nasional diperkasakan semula. Berakhirnya kemelut politik dengan pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baharu diharap dapat mengukuhkan kembali Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan Umno dan PAS, termasuk dengan menjemput kembali Bersatu, kata Annuar Musa.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, inilah masa untuk semua tiga parti teras utama itu dalam memperkukuhkan kembali MN termasuk melibatkan parti-parti lain dalam pembentukan satu gabungan inklusif.

“Saya boleh bagi pandangan peribadi sebab sudah tidak ada jawatan besar dalam parti, tapi pandangan saya sebagai orang lama dalam politik saya rasa ini peluang terbaik untuk perkukuh semula MN secara inklusif.



“Bila saya kata inklusif ia tak cukup setakat itu, saya terlibat menulis piagam MN dalam itu terkandung hasrat tidak tertunai sebelum ini iaitu membentuk satu muafakat yang meluas mesti merangkumi pelbagai kaum dalam negara. Gunalah peluang ini ke arah politik matang, ambil pengajaran bahawa politik tidak stabil tidak membawa keuntungan kepada sesiapa, semua pihak harus kembali duduk semeja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri melancarkan ‘flag off’ perjalanan Sukarelawan Rumah Prihatin untuk penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Merbok dan Jerai.

Kedudukan MN sebelum ini terjejas selepas gabungan itu gagal didaftarkan dan ia lebih meruncing apabila Umno membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya akan datang.

Lantikan Ismail buka ruang Muafakat Nasional diperkasakan semula




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ismail Sabri berdepan tiga cabaran utama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker