Anwar tiba sampaikan ucapan UNGA berbaju Melayu

Anwar tiba sampaikan ucapan UNGA berbaju Melayu

Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyampaikan Pernyataan Negara pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) kali ke-78 di New York.

“Siap sedia untuk sampaikan Kenyataan Negara. Doakan semoga dipermudah, Insya-Allah,” kata Anwar pada hantaran di Facebook.



Anwar dijangka memulakan ucapannya pada 9.45 pagi (9.45 malam waktu Malaysia) bagi berkongsi usaha negara menangani krisis iklim untuk mencapai Agenda 2030, pelan hala tuju negara di bawah rangka kerja Malaysia Madani.

Ini kemunculan pertama Anwar sebagai Perdana Menteri pada perhimpunan tahunan itu.

Tema perbahasan umum tahun ini ialah Membina Semula Kepercayaan dan Menghidupkan Semula Perpaduan Global: Mempercepatkan Tindakan Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke Arah Keamanan, Kemakmuran, Kemajuan dan Kemampanan Untuk Semua.

Selepas menyampaikan ucapan di UNGA, perdana menteri akan menyampaikan Khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY).



Pada sebelah malamnya (waktu New York), Anwar juga akan menjadi hos majlis makan malam untuk kira-kira 1,000 diaspora Malaysia. Mk

Anwar tiba sampaikan ucapan UNGA berbaju Melayu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker