Kamarudin kata persefahaman BN-PN lebih utuh

Kamarudin kata persefahaman BN-PN lebih utuh. Persefahaman antara Perikatan Nasional (PN) dengan Barisan Nasional (BN) khususnya dari UMNO disifatkan lebih utuh, berbanding ketika menjadi kerajaan sebelum ini, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar.

Jelas beliau, perkara itu diterjemah menerusi persetujuan yang konsesus oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) untuk menyokong BN, yang menamakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Mengakui percakaran dan tiada kesefahaman antara parti menjadi punca kejatuhan PN, beliau berharap perkara sama tidak berulang sekiranya calon daripada BN dipilih sebagai Perdana Menteri yang baharu.



“Kali ini, UMNO diberikan amanah sepenuhnya sebagai calon Perdana Menteri dan PN seperti yang diumumkan Pengerusi (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan menyokong secara bersyarat.

“Punca kejatuhan PN sebelum ini, harus dijadikan sebagai teladan supaya tidak terjadi lagi… jika terjadi lagi, saya risau akan memberi tekanan kepada rakyat dan seterusnya mereka akan menghukum (Ahli Parlimen) dalam PRU (pilihan raya umum) nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan secara maya dalam program ‘Malaysia Petang Ini: PN Kembali?’ terbitan Bernama TV yang disiarkan petang Khamis.

Pada Khamis, Ahli Parlimen BN dan PN dipanggil ke Istana Negara bagi mengesahkan akuan bersumpah yang menyatakan sokongan mereka kepada ahli Parlimen yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri kesembilan.



Pada 16 Ogos lepas, Muhyiddin secara rasmi melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat dan kini menjadi Perdana Menteri Sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk.

Kamarudin yang juga Ahli Parlimen daripada Bersatu menjelaskan, syarat yang ditetapkan oleh PN iaitu Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik mesti terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah, mesti dipatuhi.

Katanya, syarat itu bagi memastikan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa diteruskan dan tidak melibatkan pentadbiran yang berpaksikan soal kepartian atau isu-isu peribadi semata-mata

Kamarudin kata persefahaman BN-PN lebih utuh




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ismail Sabri semakin hampir jadi PM ke-9

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker