Cincin Hilang Di Laut Selama 13 Tahun Ditemui Semula

Cincin Hilang Di Laut Selama 13 Tahun Ditemui Semula

SEORANG ahli bomba tidak menyangka dia akan mendapat kembali cicin yang telah hilang sewaktu melempar bola bersama rakannya di Pantai Henly, Australia, pada 2007.

Anggota di Balai Bomba Metropolitan, Justin Ocenasek tidak dapat menggambarkan perasaannya setelah mendapat kembali cincin yang hilang.

Menurut Justin, cincin tersebut tertanggal dari jarinya lalu jatuh ke laut dan dia juga melupakan mengenai kehilangan cicinnya itu setelah beberapa tahun

Bagaimanapun, Justin terkejut apabila menerima e-mel daripada Bruce Phillips, yang menjumpai cincin itu ketika menggunakan alat pengesan logam di Pantai Henley.

Phillips memberitahu dia telah membuat perkongsian mengenai penemuan tersebut di media sosial dan pengguna lain memaklumkan dirinya sebagai pemilik cincin tersebut.

Malah, dia menemui Justin di balai bomba untuk mengembalikan cincin itu sendiri.

“Dari semua perkara yang tidak mungkin berlaku tahun ini, cincin ini dalam senarai saya paling bawah. Saya akan membeli loteri selepas ini,” kata Justin. – Abc.net.au

Cincin Hilang Di Laut Selama 13 Tahun Ditemui Semula


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kekal jadi kerisauan jika calon PM ke-9 tidak dapat majoriti besar – Kolonel Bersekutu

Agong mahu keabsahan PM baru diuji di parlimen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker