Restoran popular kerana panggil pelanggan ‘sayang’

Restoran popular kerana panggil pelanggan ‘sayang’. Sebuah restoran di wilayah Jawa Tengah menjadi popular dalam kalangan pengunjung kerana mempunyai cara unik untuk menyapa para pelanggannya, iaitu dengan memanggil gelaran ‘sayang’, lapor laman berita Suara.com semalam.

Restoran bernama Rumah Makan Alami Sayang itu dimiliki oleh seorang wanita, Sulastri yang diusahakan bersama suaminya.

“Helo sayang. Mahu minum apa, sayang?” sapa salah seorang pekerja di restoran tersebut kepada pelanggan.



Menurut adik Sulastri, Asih, kakaknya mendapat idea untuk menggunakan sapaan ‘sayang’ kepada pelanggan selepas berkunjung ke Kalimantan bersama suaminya.

“Ketika membeli sayur-sayuran, seorang penjual memanggil kakak saya dengan panggilan ‘sayang’.

“Ini sekali gus memberikan idea kepadanya untuk mengajak suaminya membuka kedai makan dan memanggil para pelanggan dengan panggilan ‘sayang’,” kata Asih.

Ditanya mengenai reaksi daripada pelanggan, Asih berkata, pelbagai respons diterima ketika panggilan tersebut dibuat.



“Ada yang tersenyum, ketawa, malahan ada pasangan pelanggan yang menarik muka masam.

“Kami kemudiannya menjelaskan kepada mereka bahawa semua pelanggan di sini disapa dengan panggilan itu. Bermula daripada kanak-kanak, remaja, lelaki dewasa, wanita sehinggalah warga emas,” jelasnya. – Agensi

Restoran popular kerana panggil pelanggan ‘sayang’

 




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Resepi Ayam Masak Bali Mantap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker