Bilik Air Berbau Busuk? Malu Selepas ‘Membuang’, Apa Kata Cuba Cara Ini

Bilik Air Berbau Busuk? Malu Selepas ‘Membuang’, Apa Kata Cuba Cara Ini

BAGI yang menyewa rumah bersama rakan-rakan pasti anda perlu berkongsi bilik air kerana kebiasaannya bagi sesebuah rumah hanya ada satu atau dua bilik air disediakan.

Kebiasaannya, bilik air bukan sahaja tempat untuk kita mandi tetapi ia juga menempatkan tandas untuk membuang air kecil dan besar.

Namun selepas ‘melepaskan hajat’ pasti akan timbul rasa bimbang dan malu bilik air akan berbau busuk apatah lagi jika ada rakan serumah sedang menunggu giliran untuk mandi atau menggunakannya.

Jika berlaku keadaan seperti ini, sebenarnya ada beberapa cara untuk menghilangkan bau busuk dalam bilik air selepas membuang air besar agar tidak berasa malu.

Buang Air Besar

Ada pelbagai cara boleh dilakukan untuk menghilangkan bau busuk.

Tip pertama yang boleh dilakukan adalah dengan segera menekan flush tandas selepas membuang air besar. Semakin cepat lebih baik dan bau busuk tidak akan tersebar di dalam bilik air.

Pastikan sebelum membuang air besar, tingkap dibuka atau menyalakan exhaust fan yang membantu mengalirkan udara di dalam bilik air.

Selain dua penyelesaian itu, anda juga boleh menggunakan dua barang ini yang dapat berfungsi sebagai pewangi.

1. Losyen tangan

Sapukan losyen pada tangan dan kibaskan tangan ke udara ketika membuang air besar. Haruman losyen dapat tersebar di dalam tandas.

Penyembur

Semburan pewangi boleh membantu menghilangkan bau busuk.

2. Minyak wangi

Apabila aroma najis semakin semerbak di dalam bilik air, semburkan sedikit minyak wangi untuk menyegarkan udara. Atau anda juga boleh menggunakan penyegar udara.

Jika tiada minyak wangi, syampu atau perapi rambut juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau. Cukup sekadar titiskan sedikit ke atas lantai dan ratakan sebelum disimbah dengan air.

Bau wangi syampu sekurang-kurangnya dapat menghilangkan sedikit bau busuk selepas membuang air besar.

Bilik Air Berbau Busuk? Malu Selepas ‘Membuang’, Apa Kata Cuba Cara Ini


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biar Betul?? Acara ‘Isi Air Dalam Botol’ Dipertandingkan Di Olimpik 😂😂 [VIDEO]

Agong mahu keabsahan PM baru diuji di parlimen

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker