TPM daripada Bersatu jika Ismail PM

TPM daripada Bersatu jika Ismail PM, kata sumber

Jawatan timbalan perdana menteri akan diisi oleh Bersatu jika
Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai perdana menteri baharu, kata sumber.

Bercakap kepada FMT, sumber berkata, perkara tersebut sudah dipersetujui, iaitu Bersatu akan mendapat jawatan timbalan perdana menteri selepas dilaporkan menyokong Ismail.

Difahamkan, calon bagi menjawat jawatan nombor dua itu ialah Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Azmin Ali, kedua-duanya dilihat sebagai sekutu rapat bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Ismail, bekas timbalan perdana menteri kelihatan hampir mengisi jawatan tertinggi itu selepas dilaporkan mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen.

Penganalisis sosio politik Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi berkata, jika Ismail dilantik sebagai perdana menteri, keutamaannya sudah tentu mengecilkan saiz Kabinet.

“Perkara paling sukar secara politiknya membabitkan isu pelantikan timbalan perdana menteri,” katanya.

Jika timbalan perdana menteri daripada Bersatu beliau berkata, Ismail pasti terpaksa berdepan rungutan daripada akar umbi Umno yang dipercayai bagi tempoh pendek.

“Sekiranya TPM daripada Bersatu, kemungkinannya adalah Hamzah. Selepas Muhyiddin, beliau dilihat sebagai ketua dominan dalam parti selain menjadi ‘orang kanan sebenar’ Muhyiddin, walaupun hierarkinya dalam parti adalah rendah.

“Sebagai bekas pemimpin Umno, beliau tentunya arif ‘menelusuri air’,” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Awang Azman berkata, akar umbi Umno berkemungkinan tidak menyukai idea melantik timbalan perdana menteri terdiri daripada Ahli Parlimen yang melompat parti, bagaimanapun perkara paling penting kepada ahli dan penyokong Umno adalah pemimpin parti mereka mengetuai kerajaan.

Walaupun jawatan timbalan perdana menteri memberi “nafas” kepada Bersatu, Awang Azman berkata, tiada jaminan ia mengubah apa-apa membabitkan hubungan antara dua parti itu.

“Jadi, kedua-dua parti berkenaan akan bertembung sesama sendiri pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan titah Diraja yang mahu semua parti politik bekerjasama, namun beliau meramalkan pembangkang tidak akan dipelawa bersama dalam kerajaan.

“Dalam senario ini adalah mustahil kita akan melihat timbalan perdana menteri mahupun menteri daripada pembangkang,” katanya. FMT

TPM daripada Bersatu jika Ismail PM

Ismail Sabri PM, Anwar TPM?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker