Petisyen bantah Ismail PM ke-9 raih lebih 200,000 tandatangan

Petisyen bantah Ismail PM ke-9 raih lebih 200,000 tandatangan

Satu kempen dalam talian menolak pelantikan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri ke-9 mendapat lebih 200,000 tandatangan warganet sejak dilancarkan semalam.

Petisyen itu menulis bahawa rakyat tidak mahukan Ismail dilantik sebagai perdana menteri kerana ketika menganggotai kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau dikatakan cuai dan gagal menangani wabak Covid-19.



Ketika ini, Ismail dipercayai memperoleh sokongan 114 Ahli Parlimen menjadikan kelebihan majoriti berpihak kepadanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ismail Sabri PM, Anwar TPM?



Jika semua sokongan itu dapat disahkan di hadapan Yang di-Pertuan Agong hari ini, maka Anwar Ibrahim gagal mendapat sokongan majoriti dengan jumlah terkini hanya 105 sokongan Ahli Parlimen.

Selesai mengumpul perakuan sokongan daripada kalangan Ahli Parlimen, Yang di-Pertuan Agong akan bermesyuarat bersama Majlis Raja-raja Melayu Jumaat ini bagi memutuskan hal berkenaan pelantikan perdana menteri dan pembentukan kerajaan baharu. FMT

Setakat 200,000 saja tidak ada kesan pun. Penduduk Malaysia pun dah lebih 30 juta orang.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Petisyen bantah Ismail PM ke-9 raih lebih 200,000 tandatangan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker