Joging tak perlu pakai mask, Annuar bidas kecaman netizen

Joging tak perlu pakai mask, Annuar bidas kecaman netizen

Bekas menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa tampil menjelaskan teguran dibuat pengguna media sosial kerana tindakannya tidak memakai pelitup muka ketika singgah membeli makanan di sebuah gerai di ibu kota.

Annuar berkata, kejadian itu berlaku ketika beliau sedang berjoging dan “morning walk” dan secara kebetulan melalui gerai yang ada di sekitar.



“Semasa ‘morning walk’ pagi tadi, saya melalui beberapa peniaga tepi jalan, ada pulak yang komen kononnya tak pakai ‘mask’.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Sememangnya bila riadah ‘outdoor’, ‘jogging’, ‘brisk walk’, ‘cycling’, main bola dan lain-lain dinasihatkan tidak mengenakan ‘mask’ (pelitup muka),” kata Ahli Parlimen Ketereh itu di Facebook.



Terdahulu, pengguna media sosial menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Annuar kerana tidak memakai pelitup muka ketika singgah membeli makanan di sebuah gerai di ibu kota.

Dalam ciapan Annuar di Twitter, beliau memuat naik gambarnya berdiri di sebuah gerai dengan memegang makanan, sambil diperhatikan peniaga.

Tindakan Annuar tidak memakai pelitup muka mengundang kecaman warganet yang percaya beliau tidak menunjukkan contoh terbaik kepada rakyat.



Annuar sebelum ini beberapa kali terpalit dengan kontroversi pelanggaran SOP dan turut dikompaun. FMT

Memang betul bersukan tak perlu pakai mask tetapi bila singgah di gerai kenalah pakai.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Joging tak perlu pakai mask, Annuar bidas kecaman netizen

Ismail Sabri PM, Anwar TPM?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker