Penyanyi Popular Rossa Teruja Wajah Terpapar Di Times Square, New York

Penyanyi Popular Rossa Teruja Wajah Terpapar Di Times Square, New York

PENYANYI popular dari Indonesia, Datuk Seri Rossa berbangga apabila wajahnya menghiasi salah satu papan iklan digital (billboard) di Times Square, New York, Amerika Syarikat.

Menerusi Instagram, Rossa berkongsi kegembiraan dan mengakui tidak menyangka wajahnya terpampang di skrin gergasi itu.



“Yes that’s your girl on the giant billboard!” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Penyanyi lagu Pudar ini dipilih menghiasi billboard bersempena kempen Equal yang dianjurkan platform penstriman muzik Spotify.

Selain Rossa, turut kelihatan wajah penyanyi Billie Eilish dan bintang berasal dari Hong Kong iaitu Sammi Cheng.

Perkongsian Rossa itu menarik perhatian pengikut yang turut mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian penyanyi berusia 42 tahun ini.



“Hebat sangat, kami berbangga dengan Teh Oca (nama panggilan Rossa).

“Tahniah… terbaiklah! Anda buatkan kami bangga. Semoga terus berjaya!” komen pengikut.

Untuk rekod, penyanyi Malaysia yang pernah menerima penghargaan yang sama ialah Yuna dan penyanyi baharu Layla Sania.

Penyanyi Popular Rossa Teruja Wajah Terpapar Di Times Square, New York




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




“I Rasa Penyanyi Nombor Satu Bukan Dia” ..🥱– Hatta Dolmat Dikecam Netizen

Wajah Layla Sania di Times Square

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker