Wanita Afghanistan terdesak, lempar bayi untuk diselamatkan

Sebaran :

Wanita Afghanistan terdesak, lempar bayi untuk diselamatkan. Penduduk Afghanistan semakin terdesak untuk meninggalkan negara itu sehingga ada yang sanggup cuba untuk melempar bayi bagi melepasi kawat berduri di lapangan terbang Kabul, lapor akhbar Mirror UK hari ini.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, sekumpulan penduduk dilihat sedang bersesak di tepi sebuah pagar yang mempunyai kawat berduri di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai.

Mereka dilaporkan cuba untuk memasuki lapangan terbang bagi melarikan diri dari negara itu dengan menaiki pesawat yang disediakan.

Seorang bayi kemudiannya dilihat diangkat ke udara dan ditolak ke arah tepi pagar oleh beberapa orang penduduk.

“Penduduk terdesak untuk menyelamatkan diri daripada tentera Taliban sehingga mereka terpaksa menolak bayi dan kanak-kanak ke arah pagar di lapangan terbang Kabul,” tulis seorang pengguna media sosial yang berkongsi video tersebut.

Menurut laporan laman berita Sky News, seorang pegawai kanan mengesahkan kejadian itu dan menceritakan mengenai keadaan huru-hara tersebut.

“Ia amat teruk. Wanita cuba melempar bayi mereka bagi melepasi kawat berduri dan merayu kepada askar untuk mengambil anak-anak mereka.

“Ada antaranya yang terkena kawat berduri tersebut,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Fatima berkata, suaminya menyertai kumpulan Taliban dan memukulnya ketika dia cuba melarikan diri dari Afghanistan.

Wanita itu yang berjaya melepasi pagar kawat berduri selepas menarik tangan anak perempuannya berkata, dia ingin keluar dari negara itu dan pergi ke mana-mana sahaja.

“Ke mana-mana sahaja! Ke mana-mana negara!” katanya. – Agensi

Wanita Afghanistan terdesak, lempar bayi untuk diselamatkan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Anwar kekal ‘PM Tepi’ lagi


Sebaran :

Leave a Reply