Kumpulan pertama Ahli Parlimen sokong Ismail tiba di Istana

Kumpulan pertama Ahli Parlimen sokong Ismail tiba di Istana

Kumpulan pertama Ahli Parlimen Umno yang dikatakan menyokong Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri ke-9 tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Mereka tiba pada 10.37 pagi tadi. Rombongan ini disusuli Ahli Parlimen Bersatu yang tiba pada 10.42 pagi.

Sebanyak 144 wakil rakyat yang dikatakan menyerahkan akuan berkanun menyokong Ismail dipanggil menghadap Agong.

Sumber memaklumkan wakil rakyat berkenaan adalah daripada pelbagai parti yang menganggotai pentadbiran Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Mereka dikatakan akan tiba secara berkumpulan bermula pagi hingga petang hari ini.

Terdahulu, Peguam Negara Idrus Harun dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali tiba di Istana. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kumpulan pertama Ahli Parlimen sokong Ismail tiba di Istana


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker