Annuar sahkan ada perjumpaan bersama Agong

Annuar sahkan ada perjumpaan bersama Agong

Tan Sri Annuar Musa mengesahkan ahli-ahli Parlimen dari parti pro Perikatan Nasional telah dipanggil ke Istana pagi ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, itu merupakan isyarat bagi ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob muncul sebagai calon Perdana Menteri pilihan Yang di-Pertuan Agong.

“Kami ahli parlimen BN, Pas, Bersatu, GPS, STAR, PBS dan beberapa MP bebas pro PN di arah hadir ke Istana Negara pagi ini.

“Ini isyarat bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob muncul calon Perdana Menteri ke-9 yang sedang di pertimbangkan Yang di-Pertuan Agong.

“Beliau adalah calon yang mendapat restu UMNO dan BN, serta disokong pelbagai parti sahabat, ” jelas Annuar di Facebook miliknya sebentar tadi.

Tambahnya lagi, pemilihan itu melambangkan muafakat, istiqamah, kejujuran, pengorbanan, kebersamaan serta politik kesederhanaan dan inklusiviti dalam kalangan parti gabungan BN, PN dan GPS.

“Proses pemilihan sedang berjalan. Penentuan muktamad adalah budibicara YDP Agong untuk melantik seorang ahli Parlimen pada hemat Baginda berkemungkinan mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Kita harus bersabar menunggu proses itu yang sedang berjalan sekarang. Semoga dipermudahkan Allah jua, ” jelasnya. – K! ONLINE

Annuar sahkan ada perjumpaan bersama Agong


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kekal jadi kerisauan jika calon PM ke-9 tidak dapat majoriti besar – Kolonel Bersekutu

Agong mahu keabsahan PM baru diuji di parlimen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker