Isu provokasi subsidi upah: Mila ambil tindakan undang-undang
Isu provokasi subsidi upah: Mila ambil tindakan undang-undang
Terkesan dengan penulisan provokasi berkaitan program subsidi upah (PSU) seorang individu, penyanyi dan usahawan Mila Jirin berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan reputasinya.
Menurut bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu, tuduhan dilemparkan di media sosial berkenaan menyebabkan berlaku salah faham orang ramai terhadap dirinya.
“Orang ramai telah salah anggap, hantaran saya dimanipulasi dengan bantuan ini mereka beranggapan sayalah yang menerima kesemua jumlah bantuan tersebut.
“Sedangkan yang dimaklumkan oleh saya adalah ucapan terima kasih (kepada perdana menteri sementara Muhyiddin Yassin) atas bantuan subsidi upah kepada syarikat untuk saya menggaji pekerja,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Terdahulu melalui Instagram Milla berkata, tindakan undang-undang akan diambil selepas dia mendapatkan nasihat daripada peguaman selain sudah mengumpul semua bukti untuk tindakan lanjut.
“Peguam saya telah mengambil kes ini untuk memulakan tindakan di atas fitnah yang dibuat. Kesemua komen yang dibuat di ruangan Facebook (individu terbabit) juga diteliti dan diambil tangkap layar,” katanya.
Tuduhan dilemparkan individu terbabit di media sosial semalam dipercayai susulan pemilik nama sebenar Norsyarmilla Jirin itu meluahkan perasaan dukacitanya atas peletakan jawatan Muhyiddin pada 16 Ogos lalu.
Baca Artikel Menarik :
- Gunung Jerai ‘menangis’, tiga selamat, seorang lagi hilang [VIDEO]
- Daiyan Trisha dikritik kerana menari berseluar pendek
- Kejadian aneh, Ikan puyu naik darat di Tanjong Karang [VIDEO]
- Anwar kekal ‘PM Tepi’ lagi
- Najib sentiasa dahulukan parti sebelum dirinya
- Annuar Musa kena ‘balun’ dengan netizen lagi
- Ustaz Ebit Lew selesai beri keterangan dakwaan gangguan seksual
Layari Laman Facebook MYKMU
Cuma mahu bersyukur
Selain individu terbabit, melalui hantaran berlainan di Instagram, Mila berkata dia turut berhasrat untuk mengambil tindakan sama ke atas pemilik sebuah akaun Instagram.
Bagi Mila, 33, banyak jasa ditinggalkan ahli parlimen Pagoh itu yang membantu majikan sepertinya apabila berdepan masalah kewangan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak Covid-19.
Antara luahannya adalah dia menerima bantuan subsidi upah kira-kira RM76,000 pada PKP 1.0 dan RM38,000 bagi fasa seterusnya.
Bagaimanapun, Mila turut menjelaskan syarikatnya bukan satu-satunya penerima PSU tersebut.
“Saya hanya mensyukuri bantuan yang diterima. Bantuan subsidi upah, bantuan ini bukan diterima oleh saya saja malahan ratusan ribu majikan lain juga menerima manfaat yang sama untuk menampung para pekerja.
“Hasil bacaan saya ia dah memanfaatkan kepada jutaan pekerja termasuklah para pekerja di Bizmilla,” katanya.
Sementara itu, individu terbabit berkata – melalui pandangan peguam pihaknya – kenyataan yang dibuat itu tidak berbaur fitnah.
“Hasil pemerhatian di ruangan komen rata-rata netizen mengkritik kerana dia sendiri yang membuat pendedahan bahawa menerima bantuan sejumlah RM76,000 ribu sebulan ketika PKP1.0 dan RM38,000 ribu bagi fasa seterusnya sehingga kini.
“Saya telah menghubungi beberapa peguam untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan isu ini.
“Mereka berpandangan bahawa hantaran saya tidak berbaur fitnah dan ia adalah berdasarkan kenyataan Mila sendri,” katanya di media sosial. Mk
Isu provokasi subsidi upah: Mila ambil tindakan undang-undang