Taliban janji tidak balas dendam, berbeza dari dulu

Sebaran :

Taliban janji tidak balas dendam, berbeza dari dulu

KABUL: Taliban yang kini menguasai kembali Afghanistan, memberi jaminan tidak akan membalas dendam terhadap ‘lawan’ dan penentang mereka.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, berkata rejim baharu Taliban kali ini akan sangat berbeza daripada rejim zaman 1996-2001, yang terkenal melaksanakan hukuman rejam dan melarang wanita bekerja dalam persekitaran bersama lelaki.

“Semua yang menentang akan diampuni dari ‘A hingga Z’. Kami tidak akan membalas dendam,” kata Zabihullah kepada wartawan, semalam.

Pengumuman itu dibuat selepas kepulangan pengasas bersama Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar ke Afghanistan, selepas digulingkan Amerika Syarikat (AS) hampir 20 tahun lalu.

Taliban kembali berkuasa di Afghanistan selepas Presiden Joe Biden kekal dengan keputusan mengundurkan tentera AS di negara itu mulai September ini.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zabihullah berkata, sebuah kerajaan akan segera dibentuk tetapi tidak memberikan butiran lanjut, sebaliknya berkata ia sedia berunding dengan semua pihak.

Katanya, mereka komited untuk membenarkan wanita bekerja, sesuai dengan prinsip Islam tanpa memberikan butiran lanjut.

Sementara itu, di Kabul, kedai tetap dibuka dan Taliban memberitahu kakitangan kerajaan untuk kembali bekerja, namun penduduk kelihatan amat berhati-hati manakala beberapa wanita dilihat berada di jalanan.

Puluhan ribu penduduk Afghanistan dilaporkan berusaha keluar dari negara itu untuk menyelamatkan diri daripada pemerintahan kumpulan itu.

Mereka bimbang dikenakan hukuman kerana sebelum ini berpihak kepada kerajaan yang mendapat sokongan negara Barat selama dua dekad lalu.

Tetapi jurucakap kumpulan itu di Doha, Suhail Shaheen, memberitahu Sky News Britain yang wanita tidak akan disyaratkan memakai burqa yang menutup seluruh wajah, tetapi tidak menjelaskan pakaian dibenarkan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Luar AS, Ned Price berkata, negara itu meminta Taliban berpegang kepada janji itu serta menghormati hak warganegara mereka. BH

Taliban janji tidak balas dendam, berbeza dari dulu

Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara


Sebaran :

Leave a Reply