Jika PM dari UMNO, wakil Bersatu Sabah mungkin kembali

Jika PM dari UMNO, wakil Bersatu Sabah mungkin kembali

Jika Ahli Parlimen Umno jadi PM, wakil Bersatu Sabah mungkin kembali kepada parti, kata penganalisis

Penganalisis percaya ramai wakil rakyat daripada Bersatu mungkin kembali kepada Umno selepas Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, menyebabkan parti itu hilang kuasa di peringkat persekutuan.

Felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun berpendapat bahawa Ahli Parlimen daripada Bersatu mahu berbuat demikian dan beranggapan ia akan menggantikan Bersatu sebagai teraju kerajaan persekutuan.

“Sejak mula pun, Bersatu tidak pernah mempunyai sokongan akar umbi yang besar. Ia memenangi banyak kerusi kerana angin kencang perubahan Pakatan Harapan (dalam pilihanraya umum lalu),” katanya kepada FMT.

“Kemudian terdapat segelintir Umno (Ahli Parlimen) masuk Bersatu. Oleh kerana itu, jika ia (Bersatu) tidak lagi memegang kuasa, ya, mungkin ramai daripada Ahli Parlimen ini akan kembali kepada Umno apabila beranggapan Umno memegang kuasa.”

Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri sementara selepas meletakkan jawatan pada Isnin bersama seluruh Jemaah Menteri.

Penggantinya masih belum ditentukan dan pelantikan itu adalah hak istimewa Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan untuk memilih siapa yang Baginda percaya mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah Romzi Ationg juga percaya Ahli Parlimen daripada Bersatu akan kembali demi kelangsungan mereka dan bagi memastikan terus memperolehi peruntukan pembangunan di kawasan Parlimen masing-masing.

“Tetapi mungkin ada yang tidak melakukannya kerana pelbagai alasan seperti potensi penolakan daripada Umno dan pendapat peribadi mereka terhadap kemungkinan untuk membina kekuatan politik parti.”


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Walaupun Oh percaya langkah sama mungkin berlaku di Sabah apabila Umno adalah sebahagian daripada kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Bersatu, katanya ia bergantung kepada Ketua Umno Negeri Bung Moktar Radin.

“Selepas pertelingkahan awal (antara Bersatu dan Umno) dan pilihanraya negeri, Bung bersikap ‘low profile’ dan tidak cuba menggoncang kepimpinan GRS seperti Umno lakukan di peringkat persekutuan.

“Jadi ia memang bergantung kepada Bung kerana Umno Sabah mempunyai tahap autonomi yang besar dari segi itu. Kelihatan Bung agak berpuas hati dengan apa yang dimiliki sekarang,” katanya.

Namun katanya, pendirian boleh berubah sekelip mata sekiranya seseorang daripada Umno dilantik sebagai perdana menteri.

“Dalam hal itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen daripada Bersatu mungkin bertukar kepada Umno dengan sendirinya tanpa diarahkan sesiapa.

“Apabila ramai Adun Umno (di Sabah), mungkin terdapat sentimen dalam akar umbi Umno yang menggesa Bung mengambil langkah itu (untuk kerusi ketua menteri).”

Oh menegaskan, walaupun Bung mungkin tidak mengambil langkah itu, tetapi Adun Umno lain mungkin berusaha memaksa Ahli Parlimen Kinabatangan melakukannya kerana yakin Umno harus memegang kerusi ketua menteri apabila mempunyai perwakilan paling ramai di DUN.

“Sebaik Bersatu hilang kuasa dan hilang kedudukan kepimpinan, saya rasa mungkin parti akan berakhir atau berpecah kerana tidak mempunyai sokongan asas yang banyak,” katanya.

Romzi kurang bersetuju dengan pandangan Oh bahawa Bersatu akan berpecah termasuk di Sabah kerana terdapat pemimpin berkebolehan dalam parti yang boleh memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungannya.

“Sebenarnya, ramai berharap kerajaan GRS tidak terjejas dengan politik di peringkat persekutuan,” katanya.

Sementara itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata walaupun dalam keadaan Umno mengambil kerusi perdana menteri, situasi di Sabah akan “kekal status quo”.

Awang Azman percaya walaupun segelintir Adun daripada Bersatu mungkin kembali kepada Umno tetapi tidak timbul sebarang konflik antara dua parti di Sabah.

“Hubungan Bersatu-Umno akan kekal harmoni selagi pilihan raya umum belum diadakan,” katanya. FMT

Jika PM dari UMNO, wakil Bersatu Sabah mungkin kembali

640 Orang, Satu Pesawat: Kenapa Rakyat Afghanistan Takut Bila Taliban Berkuasa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker