Muhyiddin menteri mentor dalam kabinet Ismail?

Muhyiddin menteri mentor dalam kabinet Ismail?

Muhyiddin bakal jadi mentor menteri buat Ismail Sabri?

Muhyiddin Yassin, yang baru sahaja meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, mungkin menjadi mentor menteri jika Ismail Sabri Yaakob dilantik memegang jawatan tertinggi negara itu, menurut desas desus dalam kalangan lingkungan politik.

Dan kini nampaknya, Ismail memiliki angka sokongan mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri interim.

Ini susulan laporan bahawa semua 42 Ahli Parlimen Barisan Nasional sebulat suara bersetuju menyokong Naib Presiden Umno itu memegang jawatan berkenaan, walaupun sebelum ini, segelintir berkata, mereka tidak akan memberi sokongan.

Bersatu dan PAS juga berkata, mereka akan menyokong Ismail.

Tambahan, pemimpin Gabungan Parti Sarawak Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu FMT pagi ini, gabungan berkenaan turut bersetuju secara prinsip untuk menyokong Ismail.

Dengan ini, Ismail, yang berkhidmat sebagai timbalan Muhyiddin selama lebih sebulan, berkemungkinan mendapat sokongan yang cukup daripada Ahli Parlimen dalam usaha untuk dinamakan sebagai Perdana Menteri interim.

Khabar angin kuat mengatakan, jika Ismail menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin, yang kini menjadi Perdana Menteri sementara (caretaker), akan dimasukkan ke dalam Jemaah Menteri sebagai mentor menteri.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Muhyiddin menteri mentor dalam kabinet Ismail?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker