Keabsahan PM baharu di Parlimen sekali lagi jadi pertarungan angka

Keabsahan PM baharu di Parlimen sekali lagi jadi pertarungan angka, kata Salleh

Titah Yang di-Pertuan Agong supaya keabsahan perdana menteri baharu ditentukan di Parlimen bakal menyaksikan pertarungan “angka” sekali lagi dengan kemungkinan majoriti tipis, kata bekas menteri persekutuan Salleh Said Keruak.

Bagaimanapun beliau yang juga bekas ketua menteri Sabah berkata, apa pun yang berlaku harapan rakyat adalah satu “pentadbiran” yang baharu, bukannya suatu “penyelesaian politik” pada waktu mencabar ini.



“Nampaknya kita sedang melalui satu lagi proses untuk memilih PM yang baharu berdasarkan pilihan parti.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Sekali lagi, ini bermakna ia menjadi pertarungan angka dengan kemungkinan majoriti tipis. Mari kita nantikan keputusan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya di Facebook.



Presiden Warisan, Shafie Apdal dalam wawancara bersama Astro Awani semalam berkata, Yang di-Pertuan Agong menitahkan sesiapa sahaja yang terpilih sebagai perdana menteri baharu melalui akuan berkanun (SD) perlu menguji kesahihan sokongannya di Parlimen.

Sementara itu, satu pertemuan khas dijangka berlangsung membabitkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan Raja-raja Melayu Jumaat ini bagi membincangkan isu bakal perdana menteri dan kerajaan.

Perkara itu disahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin kepada Berita Harian. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Keabsahan PM baharu di Parlimen sekali lagi jadi pertarungan angka

Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker