Berpaut pada roda pesawat sebelum terjatuh atas rumah penduduk [VIDEO]
KABUL: Sekurang-kurangnya dua penumpang pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang digunakan dalam proses pemindahan penduduk di Kabul dilaporkan maut.
Berdasarkan rakaman video dan imej yang tular dalam media sosial, dua penumpang tersebut didakwa ‘terkeluar dan terjatuh’ dari pesawat dalam dua insiden berasingan.
Namun, media tempatan tidak dapat memastikan bagaimana insiden tersebut berlaku dan sekiranya dua kejadian itu saling berkaitan.
Agensi berita di Kabul sebelum ini melaporkan, terdapat tiga penduduk Afghanistan dipercayai berpaut pada bahagian roda pesawat ketika kapal terbang berlepas sebelum pegangan mereka terlepas lalu terjatuh di kawasan kediaman.
Beberapa saksi memberitahu, mereka terdengar bunyi benda jatuh yang kuat sebelum menyedari ada mayat terjatuh atas bumbung rumah.
DISCLAIMER: DISTURBING FOOTAGE❗️❗️❗️
Two people who tied themselves to the wheels of an aircraft flying from Kabul, tragically fall down. pic.twitter.com/Gr3qwGLrFn— Tehran Times (@TehranTimes79) August 16, 2021
Terdahulu, ratusan penduduk Afghanistan mengejar dan cuba memanjat badan pesawat tentera AS yang bakal berlepas di landasan
Sehubungan itu, helikopter Apache digunakan untuk menyuraikan orang ramai yang disifatkan ‘terlalu terdesak’ untuk melarikan diri dari negara ini.
Kekecohan yang berlaku juga menyebabkan operasi penerbangan dihentikan buat sementara waktu bagi meredakan keadaan di lapangan terbang Kabul.
Tentera AS memaklumkan, operasi akan disambung semula selepas keadaan kembali reda dan tidak berbahaya. – AGENSI
Berpaut pada roda pesawat sebelum terjatuh atas rumah penduduk
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Azwan Ali Mengamuk,Kau Merangkaklah Kat Padang Masyhar Cari Aku
- ‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini
- Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah
- “Selepas hujan pasti ada pelangi menanti” – Najib
- UMNO akan kembali memimpin negara
- Tiada parti dapat majoriti kukuh, bubar Parlimen langkah terbaik
- MKT UMNO, ahli Parlimen perlu cari titik persamaan
- ‘Tiada siapa cukup majoriti, MT Umno cadang kerajaan perpaduan’
- Resepi nasi ulam Kedah sedap dan berkhasiat
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini
You must be logged in to post a comment.