The Alif perkenalkan lagu Negaraku Malaysia

The Alif perkenalkan lagu Negaraku Malaysia

The Alif semai semangat patriotik cintakan negara didalam lagu terbaru mereka ‘Negaraku Malaysia’

Meskipun negara sedang menghadapi ancaman Covid dan Pandemik akan tetapi ia tidak mematahkan semangat kumpulan rock, The Alif untuk mengeluarkan sebuah lagu yang dapat memupuk semangat cintakan negara dan juga semangat berjuang untuk negara.

Lagu berentak rock dan sedikit enjeksi Pop oleh kumpulan yang dianggotai oleh Aliff Hassan, Meor Ian, Megat, Arm Mazlan dan Jay Cugat ini tidak mustahil bakal menjadi siulan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Menurut Aliff Hassan penulis lagu dan juga penyanyi kumpulan The Alif berkata, lagu Negaraku Malaysia ditulis kerana ingin menyeru anak-anak muda untuk menanamkan sifat cintakan negara serta memupuk semangat juang untuk tanah air.

“Jika kita ada semangat juang dan cintakan negara tak mustahil negara kita bakal dipandang hebat di mata dunia kerana keunikan dan kebolehan yang rakyat Malaysia bersatu bersama berjuang untuk negara tak kira bangsa dan agama.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Antara cabaran yang sukar ketika rakaman lagu ini adalah lagu ini dirakam semasa keadaan negara sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Oleh itu ia amat terhad untuk melakukan aktiviti rakaman. Akan tetapi dengan teknologi yang sedia ada ia tidak menjadi halangan untuk proses rakaman lagu ini,” cerita Aliff tentang lagu yang dirakam di studio Hotsound yang berpangkalan di Wangsa Maju.

Sementara itu, pemain bes The Alif, Megat berharap karya mereka ini akan mendapat sambutan dan diterima oleh seluruh pencinta muzik tanah air dan seluruh rakyat Malaysia.

“Lagu ini sesuai untuk semua golongan kerana kami memastikan melodi ini mudah diterima dan dinyanyikan.

“Bait-bait lirik lagu juga mudah dihafal dan difahami oleh semua lapisan masyarakat. The Alif berharap lagu ini dapat diputarkan dicorong corong radio tanah air,” kata Megat.

Lagu Negaraku Malaysia boleh didengari di seluruh digital platform muzik antaranya Spotify, Joox, Apple Music, KKBox dan Deezer.

Manakala muzik video akan direlease di Youtube tidak lama lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang The Alif dan perkembangan mereka, boleh ikuti mereka di Facebook, Twitter dan Instagram. Utv

The Alif perkenalkan lagu Negaraku Malaysia

Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker