Bersatu serah pada Muhyiddin jika dicalon semula

Bersatu serah pada Muhyiddin jika dicalon semula

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang bermesyuarat malam tadi menyerahkan kepada presidennya, Muhyiddin Yassin untuk menentukan calon penggantinya sebagai perdana menteri.

Pada masa sama, MPT juga tidak menolak kemungkinan Muhyiddin memegang jawatan itu sekali lagi, menurut ahli MPT Eddin Syazlee Shith.

Mesyuarat itu, yang dibuat di ibu pejabat parti di Petaling Jaya dan turut disertai anggota secara dalam talian, dipengerusikan timbalan presiden Ahmad Faizal Azumu.

Muhyiddin tidak hadir dalam mesyuarat itu.

“Kita memberi ruang penuh kepada presiden untuk menentukan…serahkan kepada presiden untuk putuskan siapa calon (perdana menteri) mewakili Perikatan Nasional (PN),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

“Kalau presiden masih berminat (untuk jawatan itu), maka presidenlah,” katanya lagi.

Mengakui Muhyiddin tidak mencapai sokongan majoriti yang diperlukan, tetapi Eddin berkata ahli parlimen Pagoh itu masih memegang sokongan tertinggi dan pada masa sama calon lain juga tidak mempunyai sokongan yang mencukupi.

“Walaupun tak cukup (sokongan), sebagai pengerusi PN, dia masih ada undi (sokongan) tertinggi.

“Orang lain pun tak cukup (sokongan). Ia alat tawar-menawar untuk berbincang dengan semua pihak yang terlibat,” katanya, sambil berkata ruang untuk perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) masih belum tertutup sepenuhnya.

“Banyak pihak yang sebenarnya menyambut baik apa yang ditawarkan Tan Sri, walaupun di peringkat awal ramai menentang. Sebenarnya ramai akui perkara itu baik dan mereka perlu masa untuk fikir.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Kita boleh dapatkan sokongan – tak banyak, 11 (ahli parlimen) sahaja cukup,” katanya lagi.

Muhyiddin letak jawatan sebagai perdana menteri hari ini setelah usaha terakhirnya untuk mendapatkan majoriti dengan menawarkan pelaksanaan reformasi, sebagai pertukaran bagi sokongan kepadanya, ditolak pembangkang.

Muhyiddin hilang majoriti setelah 15 ahli parlimen Umno diketuai presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi menarik balik sokongan mereka.

Pada masa sama, ada pihak dalam pembangkang, terutama beberapa ahli parlimen DAP, bimbang kumpulan “kleptokrat” mengambil kesempatan daripada kedudukan Muhyiddin yang lemah untuk mengambil alih kerajaan.

Kata Eddin lagi, jika Muhyiddin sudah tidak mahu memegang jawatan itu semula, Bersatu terbuka jika Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob menggantikannya.

“Timbalan (perdana menteri) akan datang daripada Bersatu,” katanya, sambil menambah antara yang berpotensi adalah Hamzah Zainudin dan Azmin Ali.

Selain Muhyiddin dan Ismail, Eddin berkata tiada calon perdana menteri lain daripada PN setakat ini.

Ditanya jika Muhyiddin ada membayangkan dia ingin sekali lagi menjadi perdana menteri, Eddin berkata: “Setakat ini Tan Sri rehat dulu. Mungkin dia penat lepas lalui situasi ini. (Biar Muhyiddin) rehat secukupnya (dan kemudian) putuskan.” Mk

Bersatu serah pada Muhyiddin jika dicalon semula

Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker