Angkara hutang, lelaki maut dipukul

Angkara hutang, lelaki maut dipukul

Akibat hutang seorang lelaki maut selepas parah dipukul di sebuah rumah di Tan Yok Fong, Kulai, Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Tok Beng Yeow, berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita memaklumkan seorang lelaki cuba memasuki rumahnya, pada 8.30 pagi.



Katanya, sepasukan polis kemudian ke lokasi kejadian dan mendapati lelaki berusia 46 tahun itu parah, dipercayai dipukul.

“Berdasarkan maklumat, wanita berkenaan dikatakan sedang tidur ketika lelaki terbabit cuba masuk ke rumahnya dan dia yang terjaga kemudian menghubungi rakannya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




“Lelaki berkenaan dipercayai cuba melarikan diri selepas menyedari rakan mangsa tiba, tetapi berlaku pergelutan antara mereka sehingga menarik perhatian orang awam di sekeliling kediaman terbabit.

“Lelaki itu kemudian ditahan polis dan dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim untuk rawatan lanjut. Dia dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas itu sebelum disahkan meninggal dunia pada 9.45 malam hari sama.

“Semakan lanjut mendapati lelaki berkenaan mempunyai enam rekod lampau berkaitan kes jenayah dan penyalahgunaan dadah,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Beliau berkata, siasatan lanjut terhadap wanita itu mendapati lelaki terbabit dipukul kerana isu hutang.



Katanya, polis kemudian menahan wanita itu dan tiga lelaki termasuk warga Indonesia berusia 31 hingga 54 tahun.

“Polis sedang mengesan seorang lagi lelaki berhubung kejadian. Beberapa barangan turut dirampas bagi membantu siasatan.

“Semua suspek direman enam hari bermula hari ini hingga 22 Ogos mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
FMT



Angkara hutang, lelaki maut dipukul

Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker