Selamat Hari Ulang Tahun Ke-76 Kemerdekaan Republik Indonesia [VIDEO]

Selamat Hari Ulang Tahun Ke-76 Kemerdekaan Republik Indonesia. Indonesia meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-76 secara ringkas hari ini ketika republik itu masih merekodkan peningkatan berterusan kes-kes COVID-19.

Bertemakan “Indonesia Tangguh, Indonesia Tumbuh” (Tough Indonesia, Growing Indonesia), upacara sambutan di Istana Merdeka, Jakarta diadakan dengan protokol kesihatan yang ketat sama seperti tahun lepas.

Indonesia kini mencatatkan lebih 3.8 juta kes positif COVID-19 dan lebih 118,000 kematian.



“Kehadiran tokoh-tokoh pemimpin politik, menteri-menteri Kabinet Indonesia dan tetamu kehormat negara, adalah secara maya.

Menurut Kementerian Sekretariat Negara, lebih 40,000 peserta berdaftar menerusi laman https://pandang.istanapresiden.go.id bagi mengikuti upacara sambutan berkenaan secara maya dan turut disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan.

Hanya 67 individu termasuk Presiden Indonesia Joko Widodo yang hadir menyertai sambutan di Istana Merdeka.



Upacara bermula pukul 10 pagi waktu Indonesia barat dengan pembacaan Proklamasi Kemerdekaan oleh Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (Parlimen Indonesia) Puan Maharani, dan upacara menaikkan bendera Merah Putih.

Selamat Hari Ulang Tahun Ke-76 Kemerdekaan Republik Indonesia


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker