Siapa Nazri Akan Sokong Sebagai PM?

Oleh Nurul Aisyah

KONTROVERSI sangat sinonim dengan Datuk Seri Nazri Aziz. Memandangkan isu Perdana Menteri ke 9 sedang hangat diperkatakan, ramai pihak tertanya-tanya siapa pula yang akan beliau sokong?

Sebelum ini Nazri Aziz telah menandatangani perisytiharan berkanun (SD) yang menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri dan telah meminta semua anggota Parlimen Umno untuk melakukan perkara sama bagi menamatkan kemelut politik yang sedang berlaku.



Memetik sumber , Nazri mengatakan bahawa dia menandatangani SD di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada petang Ahad.

“Saya sudah menandatangani dan saya fikir semua Ahli Parlimen Umno harus menyokong, termasuk mereka yang menentang Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata Nazri.

Sememangnya ada usaha sedang dilakukan untuk mengumpulkan SD yang menyokong Ismail Sabri sebagai perdana menteri.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker