Lelaki bunuh diri setelah isteri mati akibat Covid-19

Lelaki bunuh diri setelah isteri mati akibat Covid-19

Lelaki warga Britain ditemui maut jatuh dari tingkat 19

Seorang lelaki warga Britain ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai jatuh dari tingkat 19 di sebuah kondominium di Bukit Jalil, semalam.



Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.39 pagi yang memaklumkan berkenaan kematian akibat jatuh bangunan.

Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa berusia 58 tahun ditemui dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di lantai tingkat bawah.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami tekanan perasaan akibat kematian isterinya baru-baru ini kerana jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Muhammad Idzam, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.



Dalam kes yang berasingan, seorang pemilik kedai cuci kereta melaporkan menemui mayat pekerja dalam keadaan tergantung di dalam stor kedai mencuci kereta di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Hasil siasatan pemeriksaan mendapati seorang lelaki warga tempatan berumur 22 tahun ditemui maut dalam keadaan tergantung.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa merupakan orang pengawasan polis (OPP) yang dikenakan hukuman pengawasan selama dua tahun, di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959,” kata Idzam.

Beliau berkata, kedua-dua kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut diteruskan.



Individu yang mempunyai masalah boleh menghubungi sukarelawan terlatih di Befrienders menerusi talian 03-7627-2929 pada bila-bila masa, atau melalui e-mel.
FMT

Lelaki bunuh diri setelah isteri mati akibat Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker