Istana Negara kembali jadi tumpuan

Istana Negara kembali jadi tumpuan

Istana Negara kembali menjadi tumpuan media hari ini bagi membuat liputan mengenai perkembangan terkini isu politik negara.

Petugas media dari pelbagai agensi mula memenuhi kawasan di pintu satu Istana Negara sejak 7 pagi, bagi menanti sebarang kemungkinan, termasuk ketibaan pemimpin politik untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.



Ia susulan satu pengumuman besar berkenaan kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijangka akan mempersembahkan keputusan peletakkan jawatan beliau.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kosmo! Online semalam melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof menyatakan terdapat satu pengumuman besar berhubung kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.



Penjelasan tersebut dilakukan Datuk Seri Mohd. Redzuan selepas Mesyuarat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Publika semalam.

“Insya-Allah akan ada pengumuman, apa-apa pun kita tunggu esok, kita nampak ada golongan yang tidak bertanggungjawab untuk memastikan rakyat digadaikan,” jelasnya.

Tambahnya, terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memastikan negara terus distrategikan dengan kepimpinan yang boleh memberi kesejahteraan rakyat. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Istana Negara kembali jadi tumpuan

Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker