6 beradik kehilangan ibu bapa dalam masa sejam setengah akibat Covid-19

Sebaran :

6 beradik kehilangan ibu bapa dalam masa sejam setengah akibat Covid-19

Baru sahaja kehilangan ibu akibat Covid-19, enam beradik dikejutkan pula dengan pemergian bapa mereka satu jam setengah kemudian.

Ibu mereka, Minah Ma’min, 69, meninggal dunia pada 1.40 pagi, manakala bapa, Mahamood @ Omar Muhammad, 71, pula pada pukul 3 pagi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.

Pasangan suami isteri itu menetap di Kampung Tanjong Che Mas, Tumpat, Kelantan.

Menurut anak mereka, Zuraida Mahamood, 32, berkata ibu bapanya ibarat ‘sehidup semati’ kerana tidak pernah berenggang ke mana saja ketika hayat pasangan itu.

“Emak dimasukkan ke Hospital Tumpat, dua minggu lalu, selepas kerap demam dan kemudian disahkan positif Covid-19.

“Ketika itu, ayah yang berada di rumah turut menunjukkan gejala sama sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Zuraida berkata, beliau bersama lima beradik tidak berpeluang berbual melalui telefon dengan kedua-duanya, perkembangan ibu bapa diketahui menerusi petugas hospital yang turut mengirimkan foto.

Meskipun reda dengan ketentuan Ilahi, Zuraida dan adik-beradiknya berkata mereka berasa ralat tidak dapat menatap wajah ibu bapa buat kali terakhir.

Jenazah pasangan suami isteri itu selamat dikebumikan sebelah-menyebelah di Tanah Perkuburan Islam Kubur Dato, Kampung Dalam Rhu, hari ini. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

6 beradik kehilangan ibu bapa dalam masa sejam setengah akibat Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM


Sebaran :

Leave a Reply