101 kes BID direkodkan, tertinggi setakat ini

101 kes BID direkodkan, tertinggi setakat ini

Sebanyak 101 kes kematian di luar hospital (BID) akibat COVID-19, direkodkan hari ini yang juga merupakan angka tertinggi, setakat ini.

Jumlah itu meliputi 46 kes membabitkan rakyat Malaysia, manakala 55 lagi warga asing, dengan Selangor mencatat 49 kematian, Kuala Lumpur (31), Pulau Pinang (sembilan), Johor (empat), Sabah (tiga), Perak (dua), Sarawak (dua) dan Kelantan (satu).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia adalah sebahagian daripada 282 kematian baharu akibat COVID-19 yang dilaporkan, hari ini.

“Selangor mencatat 108 kematian baharu akibat COVID-19, hari ini, diikuti Kuala Lumpur (45).

“Selain itu, Johor (44), Pulau Pinang (24), Kedah (15), Perak (13), Sabah (sembilan), Sarawak (enam), Melaka (enam), Negeri Sembilan (lima), Pahang (empat) dan Kelantan (tiga),” katanya dalam kenyataan, hari ini. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

101 kes BID direkodkan, tertinggi setakat ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker